Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Ikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022

1,307

Ada disini yang berminat untuk ikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022?

Anda boleh membuat permohonan disini sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Apakah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan? Seterusnya muat turun borang dan buat permohonan jika menepati syarat tersebut.

BIDANG YANG DITAWARKAN

Bidang pengajian yang ditawarkan di tawarkan di Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) dan Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO) adalah seperti berikut:

Permohonan Jurulatih Bagi Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022

SYARAT KEMASUKAN KE AKADEMI KEMAS SERI ISKANDAR

Syarat-syarat kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun
  • Kelayakan akademik:
    a) SPM/SPM(V)/SPVM
    b) Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan
  • Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain)
  • Status perkahwinan adalah bujang
  • Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1(Mengikut bidang yang dipohon).
  • Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 (Mengikut bidang yang dipohon).
  • Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 -(Eksekutif Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki SKM Tahap 3 (Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
  • Bagi calon untuk kemasukan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 – (Pengurusan Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki DKM Tahap 4 (Eksekutif Fesyen dan Pakaian).
  • Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
  • Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

SYARAT KEMASUKAN KE AKADEMI KEMAS GOPENG

Syarat-syarat kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO) ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
  • Kelayakan Akademik pemohon adalah seperti berikut:
    a) SPM / SPM (V) / SPVM
    b) Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.
  • Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
  • Status Perkahwinan adalah Bujang
  • Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
  • Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 3 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan wajib memiliki SKM Tahap 2 (Mengikut bidang yang dipohon).
  • Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
  • Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

CARA MOHON

Berminat? Download dahulu borang permohonan disini:

  • Lengkapkan borang permohonan dan terus hantar ke alamat berikut:

    Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar,
    Seri Iskandar, Bota Perak
    32600 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan

    Akademi Kemahiran Kemas Gopeng
    Lot 133080 Laluan Persekutuan
    31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

IKLAN PENGAMBILAN

Anda juga boleh rujuk iklan pengambilan bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia KEMAS seperti dibawah:

Akademi Kemahiran Kemas Gopeng

Permohonan Jurulatih Bagi Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022

Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar

Jika berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan, buat permohonan anda sekarang agar tidak terlepas peluang untuk ikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...