Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Temuduga : Kuatkah Mental Dan Fizikal Anda Sebagai Calon?

1,520

Apakah persediaan selain menyiapkan pakaian, dokumen dan perlu hadir awal ketika hadir temuduga? Ya, sebagai seorang calon, anda juga perlu membuat persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi temuduga yang akan anda lalui nanti.

Ini kerana terdapat beberapa rungutan daripda pihak majikan dimana calon yang hadir tidak mempunyai persediaan yang secukupnya terutama menjawab soalan-soalan berkaitan isu semasa dan berkaitan dengan jabatan / syarikat.

Calon sebenarnya harus membuat persediaan yang secukupnya dari segi mental dan fizikal kerana para majikan  / penemuduga juga berharap calon yang hadir adalah calon yang terbaik untuk dipilih bekerja bersama mereka.

PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL CALON TEMUDUGA

Sebagai seorang calon, persediaan apakah yang perlu anda lakukan? Persediaan yang perlu anda lakukan ialah :

1 PERSEDIAAN FIZIKAL

  • Para calon digalakkan untuk tidur lebih awal agar tidak mengantuk dan tidak bermaya ketika sesi temuduga dijalankan. Hodoh bukan sekiranya calon menguap seolah-olah boan dengan sesi temuduga dijalankan?

2 DOKUMENTASI / PERSIAPAN FAIL /DOKUMEN

  • Persediaan dokumentasi ini sangat penting kerana anda perlu menyiapkan fail dokumen seperti yang diminta oleh SPA / Syarikat dan pastikan tida dikumen yang tertinggal.
  • Pastikan salinan dokumen anda dicop pengasahan dan sediakan dalam 2 atau 3 salinan.

3 PENGETAHUAN DALAM DIRI (KOGNITIF)

  • Merupakan elemen penting untuk dinilai oleh penemuduga dan dapatkan semua maklumat tugas jawatan yang dipohon.
  • Dapatkan deskripsi tugas jawatan yang dipohon serta isu semasa berkaitan jawatan dan pelbagai isu terkini.

4 EMOSI / MENTAL

  • Pastikan emosi dan mental anda berada dalam keadaan yang stabil sebelum hadir temuduga. Lupakan semua masalah dan fikirkan tentang temuduga anda.
  • Tampil dengan lebih yakin untuk ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

5 PENAMPILAN DIRI

  • Semua calon pastinya sedia maklum untuk menampilkan yang terbaik dalam diri masing-masing ketika hadir temuduga.
  • Pastikan pakaian anda kemas, rambut pendek dan kemas, memakai kasut yang betul untuk temuduga dan tidak keterlaluan memakai aksesori.
  • Ingat, langkah masuk kaki anda ke bilik temuduga anda terus dinilai oleh penemuduga.

Temuduga : Kuatkah Mental Dan Fizikal Anda Sebagai Calon?

Jadi, jangan lupa persiapkan mental dan fizikal anda dengan secukupnya untuk hadir temuduga nanti ya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...