Temuduga Terbuka Personel MySTEP Pembanci Terengganu. Semak Syarat Lantikan & Cara Mohon Disini
Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Negeri Terengganu mempelawa warga negeri Terengganu untuk memohon jawatan Personel MySTEP sebagai Pembanci melalui temuduga terbuka yang akan diadakan selama 3 hari.
Temuduga yang akan dilakukan adalah secara bersemuka dan hadirkan diri dengan membawa semua dokumen dengan lengkap ketika hadir temuduga.
Selain dari negeri Terengganu, Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan juga membuka permohonan jawatan sebagai pembanci dengan 1,000 kekosongan jawatan untuk diisi.
Rujuk: 1,000 Jawatan Kosong Pembanci Personel My STEP Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mohon Segera
TARIKH TEMUDUGA TERBUKA PEMBANCI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA TERENGGANU
Isi Kandungan
Tarikh temuduga terbuka bagi jawatan Peronel MySTEP Pembanci Terengganu ialah pada:
- Tarikh: 28 hingga 30 Mac 2021
- Masa: 930 pagi hingga 1 tengah hari
- Tempat: Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu Tingkat 9, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.
KELAYAKAN AKADEMIK UNTUK SYARAT LANTIKAN
Antara kelayakan akademik untuk syarat lantikan adalah seperti berikut:
PEMBANCI
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Kelayakan yang setaraf dengannya
SYARAT LANTIKAN PEMBANCI
- Warganegara Malaysia
- Semua pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Calon mestilah biasa dengan kawasan tempatan dan boleh bertutur serta memahami bahasa komuniti tempatan.
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu dan pengangkutan sendiri khususnya di kawasan luar bandar.
- Berkemahiran mengendalikan aplikasi telefon pintar.
DOKUMEN SOKONGAN
Ketika hadir temuduga, pastikan anda membawa dokumen berikut agar temuduga anda berjalan dengan lancar:
- Resume terkini yang lengkap
- Gambar terkini berukuran pasport
- Salinan sijil akademik yang berkaitan seperti Sijil SPM dan yang relevan
KADAR GAJI PEMBANCI
Kadar gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut:
MEMPUNYAI SPM
- RM1,600 termasuk potongan PERKESO dan KWSP
MANFAAT YANG DIPEROLEHI
Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:
- Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO
IKLAN JAWATAN KOSONG PERSONEL MYSTEP PEMBANCI
UPDATE TERKINI MYSTEP
Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.