Bermula 11 Mac 2021 nanti, pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing bakal dipakaikan peranti pengesanan dengan teknologi terkini.
Sebelum itu, sudahkah anda mendaftar untuk terima Vaksinasi Covid-19? Jika belum, anda boleh mendaftar sekarang melalui laman web atau melalui aplikasi MySejahtera.
Rujuk: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
Dan yang terbaru, Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menanggung kos ujian pengesanan Covid-19 kepada pelajar IPT seluruh Malaysia. Pastinya ia adalah percuma buat pelajar IPT.
TARIKH PEMAKAIAN PERANTI PENGESANAN COVID-19
Isi Kandungan
Tarikh pelaksaan pemakaian peranti pengesanan Covid-19 akan bermula pada:
- 11 Mac 2021
PERUNTUKAN BAHARU AKTA PENCEGAHAN & PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Untuk pengetahuan anda, arahan ini terdapat pada peruntukan baharu iaitu:
- Seksyen 15A
Ianya merupakan antara lima peruntukan baharu dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dimasukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bakal berkuatkuasa bermula 11 Mac ini.
TERPAKAI DALAM PENGAWALAN PERGERAKAN ORANG YANG DIJANGKITI
Peruntukan Seksyen 15A itu terpakai dalam pengawalan pergerakan:
- Orang yang dijangkiti atau mereka yang disyaki (PUI) dijangkiti penyakit berjangkit
- Kontak kepada kes (PUS) dan diarahkan oleh pegawai diberi kuasa untuk menjalani pengasingan bagi pengawasan dan pemerhatian.
PENALTI KEPADA INDIVIDU YANG PAKAI PERANTI PENGESANAN
Selain itu, dibawah Ordinan ini, penalti akan dikenakan ke atas individu yang dipakaikan peranti pengesanan atau alat pengesanan ini sekiranya alat tersebut:
- Dimusnahkan
- Dirosakkan
- Dihilangkan
- Diubah
CIRI PERANTI PENGESANAN
Antara ciri peranti pengesanan yang akan dipakaiakan kepada pesakit Covid-19 ialah:
- Peranti pengesanan yang bakal digunakan seperti yang dipasangkan dalam kes di penjara.
Peranti pengesanan ini akan disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan pergerakan pesakit yang perlu kuarantin di rumah.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.