Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ujian Pengesanan Covid-19 Percuma Untuk Pelajar IPT Tempatan

976

Bermula hari ini, 5 Mac 2021, rakyat Malaysia yang belum membuat pendaftaran ujian vaksinasi Covid-19, sudah boleh membuat pendaftaran melalui laman web yang telah dibangunkan oleh kerajaan.

Baca juga: Daftar Terima Vaksin Guna Laman Web & Hotline Mulai 5 Mac 2021

Sebelum itu, rata-rata rakyat Malaysia telah membuat pendaftaran Vaksinasi Covid-10 melalui aplikasi MySejahtera seperti mana yang telah diwar-warkan oleh media sosial.

Rujuk: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

PENGECUALIAN BAYARAN UJIAN PENGESANAN COVID-19 PELAJAR IPT

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba baru-baru ini telah menyatakan bahawa kerajaan bersetuju mengecualikan fi atau bayaran ujian pengesanan Covid-19 bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Malahan, semua kos ujian pengesanan Covid-19 akan ditanggung oleh kerajaan.

Kriteria pengecualian bayaran ujian pengesanan Covid-19 akan diberikan kepada pelajar adalah seperti berikut:

  • Pelajar warga Malaysia yang melakukan ujian Covid-19, di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM).

SEMUA PELAJAR PERLU JALANI UJIAN PENGESANAN COVID-19

Bagi memastikan Covid-19 tidak menular dikalangan pelajar IPT:

  • Semua pelajar perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan sesi pengajian.

PERKEMBANGAN DOS PERTAMA VAKSIN

Setakat ini, 80,336 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, yang majoritinya ialah petugas barisan hadapan yang disenaraikan dalam Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula pada 24 Februari lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera, yang sehingga kini telah merekodkan pendaftaran kira-kira 2.7 juta individu.

Daftar Terima Vaksin Guna Laman Web & Hotline Mulai 5 Mac 2021

5 KAEDAH PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19

5 kaedah untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 ialah:

  1. Pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera.
  2. Menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my.
  3. Menerusi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian.
  4. Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
  5. Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...