Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pesara & Petugas Polis Terima Bayaran One-Off RM500 Mulai Mac 2021

1,761

Seramai 80,000 pesara dan petugas polis akan menerima bayaran sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) mulai Mac sehingga November 2021. Bayaran akan dilakukan secara berperingkat bagi sepanjang tempoh tersebut.

Ia adalah berdasarkan inisiatif pemberian bantuan tersebut yang telah diberi persetujuan oleh kerajaan dalam ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada 26 November tahun lalu.

Jadi, bagi pesara dan petugas polis yang ingin menerima inisiatif bayaran RM500, boleh mengemaskini maklumat dan pengesahan dokumen yang akan dibantu oleh Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di kontinjen dan daerah masing-masing.

TARIKH BAYARAN ONE-OFF

Tarikh bayaran one-off RM500 secara berperingkat kepada pesara dan petugas polis akan bermula pada:

  • Mac sehingga November 2021

JUMLAH BAYARAN KEPADA PESARA & PETUGAS POLIS

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah:

  • RM500 / Sekali bayar (One-Off)

CARA MEMBUAT KEMASKINI MAKLUMAT PESARA & PETUGAS POLIS

Untuk mengemaskini maklumat, pesara dan petugas polis boleh membuat kemaskini maklumat di pautan:

Pesara & Petugas Polis Terima Bayaran One-Off RM500 Mulai Mac 2021

DOKUMEN SOKONGAN KEMASKINI MAKLUMAT BAYARAN RM500

Anda juga perlu menyediakan dokumen sokongan seperti berikut ketika mengemaskini maklumat untuk menerima bayaran RM500:

Pesara Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Kad Pesara Polis / Kad Pesara JPA
  • Salinan Akaun Bank  / Salinan Penyata Bank

Bekas Polis / Petugas Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Dokumen Pengesahan Perkhidmatan
  • Salinan Akaun Bank  / Salinan Penyata Bank
Nota: Dokumen ini perlu disahkan  seperti mana yang disyaratkan di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018.

KENYATAAN MEDIA

Berikut kenyataan media untuk rujukan anda:

Pesara & Petugas Polis Terima Bayaran One-Off RM500 Mulai Mac 2021

Baca juga: Terkini, Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Februari Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

SEbarang naklumat lanjut dan pertanyaan mengenai inisiatif bayaran RM500 kepada pesara dan petugas polis, sila hubungi talian hotline di:

  • 03 – 22664011/4012/4013/4014/4015

Atau terus ke Bilik Gerakan e-Pesara PDRM yang beroperasi seperti berikut:

  • 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...