Cara Membuat Pindaan Amaun iSinar Dengan Betul. Jangan Tersilap Kerana Pindaan 1 Kali Sahaja!

Sudahkah anda membuat pindaan amaun pada pengeluaran iSinar KWSP Tanpa Syarat yang telah dibuka pada ahli KWSP bermula 8 Mac 2021 yang lalu?

Jika anda rasa was-was untuk membuat pindaan amaun tersebut, anda diminta berhati-hati untuk melakukan pindaan amaun kerana sudah ramai yang tersilap langkah ketika melakukan pindaan amaun.

Rujuk: Status Permohonan iSinar Selepas 25 Februari ‘Tidak Berjaya’. Mohon Semula Mulai 8 Mac 2021

Ingat, pindaan amaun hanya dibenarkan satu kali sahaja dan tiada lagi peluang diberikan kepada anda untuk membuat pindaan amaun sekiranya tersalah memasukkan amaun yang anda inginkan.

CONTOH KESALAHAN YANG DILAKUKAN KETIKA PINDAAN AMAUN

Antara kesalahan paling banyak dilakukan oleh pemohon ketika melakukan pindaan amaun ialah:

  • Salah menarik amaun

Mengapa perkara ini berlaku pada mereka yang membuat pindaan amaun? Lihat contoh situasi berlakuknya kesalahan ini.

  • Amaun pengeluaran dulu: RM 8,000
  • Had pengeluaran yang diluluskan: RM10,000
  • Permohonan pindaan amaun yang baharu: RM2,000

Kesilapan pemohon disini, mereka telah menarik permohonan baharu sebanyak RM2,000 sahaja kerana beranggapan tambahan baharu adalah sebanyak RM2,000.

Sedangkan, anda perlu menarik pindaan amaun sehingga RM10,000 mengikut had pengeluaran yang diluluskan.

Tetapi mengikut rekod pada KWSP, anda memohon pengeluaran adalah sebanyak RM2,000 sahaja.

Cara Membuat Pindaan Amaun iSinar Dengan Betul. Jangan Tersilap Kerana Pindaan 1 Kali Sahaja!

CARA MEMBUAT PINDAAN AMAUN YANG BETUL

Sangat mudah untuk membuat pindaan amaun yang betul kerana anda hanya perlu menarik pindaan amaun sehingga had pengeluaran yang ditetapkan.

Contoh:

  • Amaun pilihan terdahulu dikeluarkan: RM8,000
  • Had pengeluaran yang diluluskan: RM10,000
  • Baki pengeluaran yang perlu dikeluarkan: RM2,000

Ingat, tarik amaun sehingga had pengeluaran semaksimum mungkin.

Cara Membuat Pindaan Amaun iSinar Dengan Betul. Jangan Tersilap Kerana Pindaan 1 Kali Sahaja!

LANGKAH-LANGKAH TUKAR AMAUN PENGELUARAN iSINAR

Untuk membuat penukaran amaun pengeluaran iSinar, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Cara Tukar Amaun Pengeluaran iSinar Mengikut Had Pengeluaran

Langkah-langkah seterusnya sila dapatkan di:

Rujuk: Cara Tukar Amaun Pengeluaran iSinar Mengikut Had Pengeluaran

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai penukaran amaun pengeluaran i-Sinar, sila hubungi KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.