Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran ‘One Off’ RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara, Kemaskini Maklumat Untuk Bayaran

3,318

Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa seramai 80,000 pesara, bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off) yang dibuat secara berperingkat mulai Mac hingga November ini.

Terkini melalui Facebook PDRM telah dimaklumkan mengenai bayaran RM500 one-off fasa kedua pada 7 Julai 2021 juga secara berperingkat.

Semakan status dan kemaskini pendaftaran untuk terima bayaran Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) juga boleh dibaut secara online melalui pautan yang akan dikongsikan nanti.

Baca juga: Pesara Dan Penjawat Awam Tidak Dilupa. Bakal Nikmati Bantuan Khas Kewangan

TARIKH BAYARAN RM500 PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (PJPN)

Tarikh bayaran RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) adalah pada:

  • Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Bayaran Fasa Kedua 'One Off' RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara, Semak Tarikh Bayaran Disini

PENDAFTARAN & KEMASKINI MAKLUMAT PESARA POLIS

Untuk mengemaskini maklumat, pesara dan petugas polis boleh membuat kemaskini maklumat di pautan ini sebelum 30 Januari 2022:

Pesara & Petugas Polis Terima Bayaran One-Off RM500 Mulai Mac 2021

Atau rujuk infografik ini:

Bayaran Fasa Kedua 'One Off' RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara, Semak Tarikh Bayaran Disini

DOKUMEN SOKONGAN KEMASKINI MAKLUMAT BAYARAN RM500

Anda juga perlu menyediakan dokumen sokongan seperti berikut ketika mengemaskini maklumat untuk menerima bayaran RM500:

Pesara Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Kad Pesara Polis / Kad Pesara JPA
  • Salinan Akaun Bank  / Salinan Penyata Bank

Bekas Polis / Petugas Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Dokumen Pengesahan Perkhidmatan
  • Salinan Akaun Bank  / Salinan Penyata Bank
Nota: Dokumen ini perlu disahkan  seperti mana yang disyaratkan di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018.

Bayaran Fasa Kedua 'One Off' RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara, Semak Tarikh Bayaran Disini

Baca juga: Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai bayaran RM500 kepada pesara polis penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sila hubungi:

  • Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman: 03-2266 8387
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...