Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Senarai Syarikat & Bengkel Serta Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia

1,816

Seperti mana yang dijanjikan oleh pihak Kerajaan Malaysia terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir, anda boleh dapatkan senarai syarikat dan bengkel untuk Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia disini.

Malah, anda juga boleh dapatkan cara-cara untuk membuat penebusan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia seperti yang dikongsikan disini.

Dengan adanya Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia, ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa banjir terutamanya pemilik kereta yang rosak akibat banjir.

INFO RINGKAS BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA

  • Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.
  • Diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000.
  • Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara terlibat setakat ini. Senarai syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.
  • PERODUA & PROTON juga menawarkan diskaun sehingga 50% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan, serta servis tunda percuma.

JUMLAH BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA

Jumlah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia adalah sebanyak:

  • Sehingga nilai RM1,000

TARIKH TUNTUTAN BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA

Mangsa banjir dan pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan seperti tarikh berikut:

  • 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022

SENARAI SYARIKAT & BENGKEL BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah senarai syarikat dan bengkel Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia:

Senarai Syarikat & Bengkel Serta Cara Tebus Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia

Nota: Senarai syarikat dan bengkel akan dikemaskini dari semasa jika ada penambahan.

CARA TEBUS BAUCAR

Untuk membuat penebusan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia apa yang anda perlu buat ialah:

  • Tiada permohonan perlu dilakukan.
  • Tebus di pusat servis/pengedar sah bagi syarikat automotif terlibat.
  • Pengurangan kos pembaikan dinikmati secara terus daripaa kos keseluruhan pembaikan.
  • Kos penggantian kenderaan baharu mulai invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis/pengedar sah.

Senarai Syarikat & Bengkel Serta Cara Tebus Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia

Anda juga boleh dapatkan diskaun untuk baiki kereta Proton seperti pautan berikut:

Diharap dengan adanya Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia dapat membantu pemilik kenderaan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...