Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara bagi Tahun 2021 bermula 7 Mac hingga 13 Mac 2021.
Anda diingatkan untuk membuat permohonan dengan segera kerana tarikh permohonan adalah selama 7 hari sahaja.
Baca juga: Cara Daftar Dana Didik Johor 2021. RM100 Setiap Bayi Yang Lahir Di Johor
Nak mohon? Dapatkan cara membuat permohonan, semakan kelayakan dan cara menghantar borang permohonan melalui perkongsian ini.
TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA YPJ
Isi Kandungan
Tarikh permohonan dibuka bermula:
- 7 Mac 2021 hingga 13 Mac 2021
JENIS IPT & TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA
Terdapat 2 jenis IPT yang ditaja beserta taraf pengajian seperti berikut:
IPTA
- Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)
IPTS
- Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
- Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)
Marsah (Diploma sahaja)
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA YPJ
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Lahir dan menetap di Johor.
- Mendapat tawaran kemasukan / sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan.
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
- Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).
- Kursus yang diikuti mestilah SEPENUH MASA.
- Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).
CARA MOHON PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA YPJ
Untuk membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Isi permohonan secara online di pautan berikut: http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/
- Pada bahagian PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGERI, klik KLIK UNTUK MOHON
- Lengkapkan borang permohonan anda.
- Seterusnya cetak slip permohonan anda.
- Hantar slip permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan.
- Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan 1 set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon.
- Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima.
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
- Salinan Surat Tawaran IPT
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Lain-lain Dokumen Berkaitan
Nota:
CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN & SOKONGAN
Cara menghantar dokumen permohonan dan sokongan adalah seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ, sila hubungi YPJ:
- Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
- Aduan Pelanggan: 013-7411 355
- Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
- Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753
Emel
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.