Cara Mohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi Pengajian 2020/2021
Bantuan Kerajaan / Ringkasan Artikel

Cara Mohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi Pengajian 2020/2021

Anda atau saudara mara pelajar Hafiz? Jika ya, dan ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah, anda dipelawa untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi...

Status: Aktif Bacaan: 3 min baca Fokus: Bantuan Kerajaan Update: 9 Mar
Intipati 01 Anda atau saudara mara pelajar Hafiz.
Intipati 02 Jika ya, dan ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah, anda dipelawa untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz.
Intipati 03 Permohonan adalah secara online dengan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Anda atau saudara mara pelajar Hafiz? Jika ya, dan ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah, anda dipelawa untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi Sesi Pengajian 2020/2021.

Permohonan adalah secara online dengan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Baca juga: Kalendar Islam Malaysia 2021M / 1442-1443H & Tarikh Penting

Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi Sesi Pengajian 2020/2021? Semak disini.

TARIKH PERMOHONAN SPH SECARA ONLINE

Permohonan secara online telah dibuka bermula:

  • 8 Mac 2021 hinga 17 Mac 2021

Tarikh tutup permohonan adalah:

  • 18 Mac 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH)

Pelajar yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.
  • Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
  • Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.
  • Baki pengajian pelajar tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.

Selain itu, pelajar perlu memenuhi syarat akademik seperti jadual berikut:

Cara Mohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi Pengajian 2020/2021

BIDANG PENGAJIAN

Cara Mohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi Pengajian 2020/2021

TEMPAT PENGAJIAN

Cara Mohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi Pengajian 2020/2021

CARA MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH)

Cara-cara membuat permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) ialah:

  • Pemohon dikehendaki memahami syarat-syarat permohonan dan panduan
    mengisi borang permohonan.
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di: http://sph.islam.gov.my
  • Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan telah disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz.
  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon hendaklah mencetak SLIP PENGESAHAN PERMOHONAN SPH sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan memuat naik bersama dokumen sokongan berikut:

  • 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Sijil-sijil akademik. berikut:
    a. Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/ Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM / Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM
    b. Sijil Pelajaran Malaysia
    c. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia
  • Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
  • Salinan Surat Tawaran Pengajian.
  • Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas).
  • Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga/ tanggungan.
  • Slip gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri).
  • Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.

PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

Tidak semua pelajar boleh memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) seperti:

  • Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja.
  • Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa.
  • Penjawat awam.
  • Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Hafiz (SPH), sila hubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di:

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori