Cara Mohon Pinjaman Pelajaran Tabung Siswa Pelajar Terengganu 2021

Pelajar negeri Terengganu dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Tabung Siswa Pelajar Terengganu 2021 dibawah Yayasan Terengganu dengan beberapa skim yang ditawarkan.

Para pelajar Terengganu juga boleh memohon Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu yang akan ditutup permohonannya pada 18 April 2021. Permohonan adalah secara online .

Rujuk: Cara Mohon Biasiswa /Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu Tahun 2021. Mohon Secara Online

Dapatkan cara membuat permohonan Pinjaman Pelajaran tabung Siswa Pelajar Terengganu 2021 seperti yang dikongsikan disini.

TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN TABUNG SISWA PELAJAR TERENGGANU 2021

Tarikh permohonan untuk Pinjaman Pelajaran Tabung Siswa Pelajar Terengganu 2021 adalah pada bila-bila masa sahaja kerana:

  • Permohonan dibuka sepanjang tahun

3 SKIM YANG DITAWARKAN

Terdapat 3 skim yang ditawarkan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Tabung Siswa Pelajar Terengganu 2021 iaitu:

  1. Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara
  2. Skim Pinjaman Pelajaran Top-Up IPTA
  3. Skim Pinjaman Pelajaran Secara One-Off/Top-Up IPTS Dalam Negara

SYARAT UMUM PERMOHONAN

SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA LUAR NEGARA 

SYARAT UMUM

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KHUSUS

  • Telah/sedang mengikuti pengajian sekurang-kurangnya pada tahun ke – 2 di universiti/kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia terutamanya dalam bidang/negara sebagaimana berikut :
    a) Jordan,Indonesia (Perubatan/Pergigian & Pengajian Islam)
    b) Mesir (Perubatan/Pergigian)
    c) India,Pakistan,Bangladesh,Russia (Perubatan)
    d) Jerman,UK,US,Australia,Korea,Jepun (Sains/Kejuruteraan/Perakaunan)
  • Walaubagaimanapun permohonan dari pelajar di negara / bidang yang lain boleh juga memohon untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tajaan & Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu. Seperti berikut:
    a) Memperoleh CGPA 3.50 keatas atau Mumtaz/Jayyid Jiddan (Timur Tengah) dalam keputusan peperiksaan tahun/sesi pengajian sebelumnya.
    b) Tiada Penaja.
    c) Keutamaan dan pertimbangan khas kepada para pelajar tahun akhir

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TOP-UP IPTA

SYARAT UMUM

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KHUSUS 

  • Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma di IPTA dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia.
  • Tidak mendapat penajaan pada kadar penuh (100%) dari PTPTN (Surat Tawaran dari PTPTN perlu disertakan bagi mengesahkan jumlah pinjaman yang telah diluluskan).

PINJAMAN PELAJARAN IPTA (KEPADA MEREKA YANG GAGAL MENDAPAT PEMBIAYAAN PTPTN)

SYARAT KHUSUS 

  • Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma di IPTA dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia
  • Pemohon GAGAL MEMPEROLEH penajaan dari PTPTN (permohonan ditolak oleh PTPTN atas alasan tertentu)

Nota: Surat rasmi dari PTPTN perlu disertakan bagi mengesahkan permohonan pinjaman DITOLAK oleh PTPTN

SKIM PINJAMAN PELAJARAN SECARA ONE-OFF/TOP-UP IPTS DALAM NEGARA
SYARAT UMUM
  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KHUSUS

  • Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma sekurang-kurangnya pada tahun ke-2 di IPTS dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia
  • Memperoleh CGPA 3.00 keatas dalam keputusan peperiksaan tahun/sesi pengajian sebelumnya.
  • Telah memohon tetapi TIDAK LAYAK/GAGAL memperoleh penajaan dari PTPTN/badan penaja lain, atau
  • Amaun penajaan dari PTPTN (atau badan penaja lain) tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian
  • Pertimbangan khas bagi pelajar tahun akhir pengajian

Nota: Surat Tawaran Pinjaman dari PTPTN (atau badan penaja lain) perlu disertakan bagi mengesahkan jumlah pinjaman yang telah diluluskan.

CARA MOHON PINJAMAN PELAJARAN TABUNG SISWA PELAJAR TERENGGANU 2021

Untuk membuat permohonan:

Cara Mohon Biasiswa /Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu Tahun 2021. Mohon Secara Online

  • Log masuk dan isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Hantar permohonan anda.
  • Jika belum mempunyai akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu pada bahagian DAFTAR AKAUN.
  • Setelah siap membuat pendaftaran, log masuk semula untuk membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pelajaran Tabung Siswa Pelajar Terengganu 2021 dengan menghubungi Yayasan Terengganu di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.