Nak Pinjam PTPTN Untuk Kali Kedua? Ini Syaratnya Yang Anda Perlu Tahu

Dah tamat belajar dan ingin menyambung pengajian semula? Tetapi ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi kali kedua?

Bagi anda yang ingin membuat pinjaman PTPTN bagi kali kedua boleh membuat semakan syarat dan kelayakan terlebih dahulu sebelum anda membuat permohonan.

Apakah syarat dan kelayakan permohonan pinjaman PTPTN kali kedua yang ditetapkan? Semak sini.

Baca juga: Peminjam PTPTN & Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama? Boleh Mohon Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tau! Ini Caranya

SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN KALI KEDUA

Syarat permohonan pinjaman PTPTN kali kedua ialah:

  • Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
  • Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang menamatkan pinjaman, gagal, berhenti pengajian terdahulu atau ingin menyambung peringkat pengajian yang sama.
  • Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.

Nak Pinjam PTPTN Untuk Kali Kedua? Ini Syaratnya Yang Anda Perlu Tahu

CARA MOHON PINJAMAN PTPTN KALI KEDUA SECARA ONLINE

Cara mohon pinjaman PTPTN kali kedua secara online ialah:

Nak Pinjam PTPTN Untuk Kali Kedua? Ini Syaratnya Yang Anda Perlu Tahu

  • Masukkan nombor kad pengenalan, kata laluan  dan tekan butang Log Masuk. Pilih Menu Daftar Permohonan Baru Online.
  • Klik Bayar dan teruskan dengan klik butang Bayar Dengan FPX.
  • Pastikan terima dan simpan resit bayaran untuk rujukan anda.

Nak Pinjam PTPTN Untuk Kali Kedua? Ini Syaratnya Yang Anda Perlu Tahu

4 SALURAN PEMBAYARAN BAHARU PTPTN SECARA ONLINE

Antara 4 saluran pembayaran baharu PTPTN secara online adalah:

  • Shopee
  • kiplePay
  • BESTPay
  • KelantanPAY

Kerjasama strategik PTPTN dengan empat penyedia saluran bayaran secara dalam talian itu bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari.

Secara tidak langsung ia juga dapat membantu mengurangkan rantaian Covid-19 kerana kaedah bayaran secara dalam talian adalah salah satu cara yang terbaik untuk diadaptasi oleh orang ramai ketika ini.

Rujuk: 4 Saluran Baharu Bayaran Pinjaman PTPTN Secara Online. Mudah & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pinjaman PTPTN kali kedua sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.