Platform Pasaran Secara Online Warongku Bantu Golongan Penjaja & Usahawan Kecil. Jom Daftar Sekarang
Pelbagai cara diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membantu peniaga kecil-kecilan yang sudah pasti terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah merasmikan Majlis Pelancaran Platform Warongku Peringkat Kebangsaan di SME Corp. Malaysia untuk dimanfaatkan oleh para penjaja dan peniaga kecil di Malaysia.
Sudah pasti, platform Warongku ini sangat membantu penjaja dan peniaga kecil seterusnya membantu meningkatkan pendapatan mereka sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang berlaku di Malaysia.
Baca juga: Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP
APA ITU PLATFORM WARONGKU?
Isi Kandungan
Warongku merupakan satu platform bagi usahawan seperti penjaja dan peniaga kecil untuk memasarkan produk seperti makanan dan ke arah usaha pendigitalan peniaga.
Ia juga membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan usahawan dari sektor tidak formal untuk mengadaptasi teknologi digital, seterusnya memasarkan produk secara dalam talian.
Platform Warongku dibina bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian (e-dagang) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan dana berjumlah RM700 juta.
Platform Warongku ini juga merupakan kesinambungan kepada Warong rider sebuah projek e-runner.
OBJEKTIF PLATFORM WARONGKU
Antara objektif platform Warongku adalah seperti berikut:
Bantu tingkatkan pendapatan golongan
- Usahawan mikro dan informal.
- Penjaja dan peniaga kecil.
Memberi kesedaran dan menggalakkan penggunaan aplikasi digital
- Untuk pemasaran lebih meluas dan transaksi lebih sistematik.
- Melalui latihan/kursus kepada usahawan yang kurang pendedahan teknikal dan literasi pemasaran digital.
GOLONGAN SASARAN PLATFORM WARONGKU
Golongan sasaran yang digalakkan untuk mendaftarkan perniagaan di patform Warongku ialah:
- 2,000 penjaja dan peniaga kecil berdaftar sebagai e-merchant
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat, sila buat pendaftaran di:
- www.warongku.my
- Klik pada LOGIN.
- Kemudian klik pada CREATE NEW ACCOUNT.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik CREATE ACCOUNT.
- Seterusnya log masuk semula menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pendaftaran anda selesai.
WARONGKU PERAK DIGITAL
Untuk pengetahuan anda juga, Kerajaan Negeri Perak menerusi Perak Digital telah menawarkan para penjaja dan peniaga negeri Perak untuk mendaftarkan perniagaan masing-masing menerusi platform Warongku.
Perkhidmatan penghantaran Warong Rider secara menyeluruh di Negeri Perak bertindak sebagai penghantar makanan, barangan dan produk-produk peniaga.
Program S.M.A.R.T Iftar kini dinaik taraf dengan penjenamaan platform Warongku dengan keupayaan pembelian produk (makanan) atas talian dan perkhidmatan penghantaran yang bersih, suci dan halal.
Baca juga: Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui Aplikasi Tulus. Download & Bayar Zakat Anda Sekarang
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.