iSinar Boleh Dipohon Tanpa iAkaun. Lebih Mudah & Cepat

Anda belum buat permohonan untuk pengeluaran iSinar lagi? Jika anda benar-benar belum membuat permohonan i-Sinar kerana belum membuat pendaftaran iAkaun, anda boleh sahaja lakukan permohonan melalui iSinar Online sahaja.

Tidak perlu risau kerana permohonan pengeluaran i-Sinar adalah selama 6 bulan dan anda boleh lakukan permohonan mulai 21 Disember 2020 seterusnya anda boleh fikirkan jumlah yang sesuai dikeluarkan untuk kegunaan anda.

Jika masih lagi was-was untuk menentukan jumlah pengeluaran, anda boleh bertanyakan pada Elya iaitu penasihat KWSP yang sedia membantu anda seperti yang dinyatakan disini.

PERMOHONAN PENGELUARAN iSINAR TANPA iAKAUN

Bagaimanakah caranya membuat permohonan pengeluaran iSinar tanpa melalui iAkaun? Adakah ianya sah dan diterima oleh pihak KWSP nanti?

Ya, ianya adalah sah dan diterima oleh KWSP kerana anda perlu membuat permohonan melalui laman web dari KWSP sendiri iaitu portal iSinar Online. Malahan ianya lebih mudah dan cepat berbanding melalui iAkaun.

iSinar Boleh Dipohon Tanpa iAkaun. Lebih Mudah & Cepat

CARA MOHON PENGELUARAN i-SINAR ONLINE

Bagi permohonan pengeluaran iSinar secara online, tiada dokumen diperlukan dan anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

iSinar Boleh Dipohon Tanpa iAkaun. Lebih Mudah & Cepat

Dapatkan info yang lebih lengkap cara membuat permohonan pengeluaran iSinar dipautan berikut: 

CETAK DAN SIMPAN BUKTI PERMOHONAN

Pastikan anda mencetak dan simpan bukti permohonan anda. Caranya mudah sahaja.

  • Hantar permohonan
  • Tekan SEMAK & SIMPAN.
  • Rekod penerimaan anda telah disimpan untuk rujukan anda

Untuk pengetahuan anda juga, notis pengsahan ini hanyalah untuk rujukan ahli KWSP yang telah membuat permohonan iSinar.

Sekiranya anda ingin membuat semakan sama ada permohonan anda telah diterima atau tidak oleh KWSP untuk diperoses, anda boleh terus hubungi:

  • Talian Hotline KWSP: 03-89224848

Pastikan anda hubungi talian Hotline KWSP ini sehari selepas permohonan.

iSinar Boleh Dipohon Tanpa iAkaun. Lebih Mudah & Cepat

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.