Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sedang Cari Tempat Praktikal Ke Tu? Jom Praktikal Di Yayasan Setia Negara Malaysia

625

Mungkin sekarang ini ramai mahasiswa yang sedang mencari tempat untuk membuat latihan industri dan praktikal bagi melengkapkan pengajian masing-masing.

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari tempat untuk praktikal dan belum jumpa tempat yang sesuai, Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) menawarkan peluang praktikal dan latihan industri kepada para mahasiswa.

Macam mana nak mohon?

INFO RINGKAS YAYASAN SETIA NEGARA MALAYSIA (YASENM)

Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) ditubuhkan atas dasar semangat keprihatinan antara rakyat melalui program-program kemasyarakatan dan kebajikan yang bertujuan untuk membantu masyarakat yang menghadapi cabaran ekonomi dan pandemik COVID-19.

Pada masa yang sama, YASENM amat menekankan prinsip kesopanan dan kesusilaan sebagai asas kepada usaha mengembalikan semula rakyat untuk bersatu hati dan prihatin sesama rakyat dalam mendepani cabaran semasa yang sukar pada ketika ini.

KRITERIA KELAYAKAN

Mahasiswa yang berminat untuk membuat praktikal dan latihan industri di Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM), dapatkan dahulu kriteria kelayakan seperti yang ditetapkan berikut:

  1. Mahasiswa Lelaki/Perempuan
  2. Pemohona mestilah warganegara Malaysia
  3. Mempunyai pengetahuan am yang baik
  4. Mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang baik

JENIS JAWATAN DITAWARKAN

Antara jawatan yang ditawarkan untuk praktikal dan latihan industri ialah:

  • Komunikasi Dan Pengajian Media
  • Pereka Grafik
  • Pereka 3D
  • Penyunting Video

CARA MOHON

Sekiranya anda menepati syarat atau kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk praktikal dan latihan industri di Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) dengan:

  • Hantar resume terkini beserta gambar
  • Gambar berukuran pasport terkini
  • Surat Latihan Industri atau Praktikal dari universiti

Semua maklumat ini perlu dihantar ke emel rasmi Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) di alamat berikut:

Sedang Cari Tempat Praktikal Ke Tu? Jom Praktikal Di Yayasan Setia Negara Malaysia

Pelajar UNITEN sepenuh masa yang memerlukan bantuan, dipelawa untuk memohon bantuan zakat dipautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai praktikal dan latihan industri di Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) dengan menghubungi:

  • Syamil: 0105582122
  • Ain: 0109446911
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...