Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Anakku Sejahtera RM100 Kedah Masuk Ke SSPN PRIME

1,073

Bayi kelahiran negeri Kedah yang dilahirkan dalam tahun 2021 akan menerima insentif kelahiran sebanyak RM100 melalui Program Anakku Sejahtera.

Selepas ini para ibu bapa di negeri Kedah yang mendapat cahaya mata boleh membuat pendaftaran untuk menerima insentif kelahiran RM100 yang diperkenalkan oleh PTPTN.

Untuk mohon, sila ikuti cara permohonan yang dikongsikan disini.

INFO RINGKAS PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA

Program Anakku Sejahtera ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk membasmi rakyat negeri tersebut daripada kemiskinan dalam pelbagai bentuk.

Program Anakku Sejahtera ini diberikan kepada bayi yang lahir di negeri Kedah mulai:

  • 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021

Baca juga: JKM: Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan & Semakan Pembayaran

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA

“Anak saya lahir di negeri Kedah Februari 2021. Apakah syarat permohonannya? Boleh saya tahu?”

Boleh. Syarat permohonannya ialah:

  • Bayi warganegara Malaysia
  • Dilahirkan di negeri Kedah
  • Pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 sebulan dan ke bawah
  • Bayi mestilah kelahiran pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

DAFTAR AKAUN SIMPANAN SSPN PRIME

Sebelum buat permohonan Program Anakku Sejahtera RM100,, daftar dahulu Akaun Simpanan SSPN PRIME seperti berikut:

Program Anakku Sejahtera RM100 Kedah Masuk Ke SSPN PRIME

  • Kemudian klik pada PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME
  • Lengkapkan permohonan anda dan klik HANTAR
  • Buat pembayaran untuk lengkapkan pendaftaran anda.
  • Pendaftaran anda telah siap!

CARA MOHON

“Semua syarat permohonan yang ditetapkan ada pada bayi saya. Bagaimana pula cara buat permohonan Program Anakku Sejahtera RM100?”

Ikuti langkah-langkah permohonan Program Anakku Sejahtera RM100 SSPN PRIME seperti berikut:

  • Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah yang terdekat dengan anda.
  • Kemudian lengkapkan permohonan anda.
  • Seterusnya hantar borang permohonan.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Latihan Perintis JKM RM200 Sebulan Seorang. Dapatkan Borang Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Anakku Sejahtera RM100 Negeri Kedah?

  • Rujuk Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah negeri Kedah yang terdekat dengan anda.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...