Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai jenis bentuk bantuan dan terkini melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
Malah, melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkuat kuasa mulai bulan Januari 2021.
Antaranya ialah Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.
10 KUMPULAN SASAR JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Isi Kandungan
Terdapat 10 kumpulan sasar yang dikenalpasti untuk menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti:
- Kanak-kanak
- Warga emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Keluarga
- Orang papa
- Mangsa bencana
- Mangsa keganasan rumah tangga
- Pesalah muda
- Komuniti rentan
- Mangsa pemerdagangan orang
SENARAI 11 KATEGORI SKIM BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Berikut adalah 11 kategori skim bantuan yang disalurkan kepada penerima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Peaskit KRonik Terlantar (BPT)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BAP)
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
Untuk membuat permohonan bantuan JKM samada secara manual atau online, sila dapatkan cara permohonan disini.
PROGRAM BAKUL MAKANAN BERNILAI RM100
JKM juga akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai:
- RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.
Untuk melaksanakan Program Bakul Makanan, jumlah peruntukan untuk adalah sebanyak RM50 juta.
PROGRAM GLIC / GLC DISASTER RELIEF NETWORK
Bagi memastikan kebajikan kumpulan rentan terus terpelihara, Kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta di bawah program GLIC/GLC Disaster Relief Network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan bagi inisiatif sosial.
Ini termasuklah pemberian bantuan komuniti termasuk:
- Golongan warga emas
- Gelandangan
- OKU
- Mangsa banjir
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM
Mudah sahaja untuk membuat semakan kerana anda hanya perlu online seperti berikut:
- Klik www.www.jkm.gov.my untuk semakan bayaran bulanan JKM.
- Kemudian LOG MASUK dan buat semakan bayaran.
- Jika bayaran telah dikreditkan, check wang anda di akaun bank secara online (Sekiranya ada, terus ke bank dan ambil wang anda).
Dapatkan info lengkap mengenai jadual pembayaran bantuan bulanan JKM 2021 disini dan save jadual pembayaran untuk rujukan anda.
POTONGAN CUKAI KEPADA PENDERMA
Sebagai tanda penghargaan kepada usaha murni rakyat yang ingin bersama-sama menyalurkan sumbangan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kerajaan juga mengumumkan beberapa insentif kepada penderma.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Anda boleh berhubung dengan bantuan JKM dengan menghubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di saluran berikut:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya - Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.