Program Bantuan Banjir Pelanggan Maybank, Individu Serta Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) / Korporat
Jika sebelum ini Bank Islam telah menyatakan untuk menawarkan lanjutan moratorium sehingga 6 bulan kepada pelanggan mereka, kini Maybank pula menawarkan Program Bantuan Banjir kepada pelanggan mereka.
Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) / korporat yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri.
Baca juga: Moratorium Lanjutan B40 Automatik. Hubungi Bank & Buat Pilihan
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Program Bantuan Banjir Pelanggan Maybank untuk individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) / korporat yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri?
JENIS PENANGGUHAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Isi Kandungan
Antara penangguhan bayaran yang boleh dibuat adalah:
- Pembiayaan/pinjaman
- Pengurangan ansuran bulanan dan/atau
- Pelanjutan tempoh bayaran balik
Semua permohonan akan dinilai berdasarkan setiap kes yang diajukan kepada pihak Maybank.
PENGECUALIAN FI & CAJ
Maybak juga turut menawarkan pengecualian fi dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti:
- Penggantian kad debit
- Kad ATM yang hilang atau rosak akibat banjir
- Buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir
- Pengecualian caj bayaran lewat untuk kad kredit
CARA PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN BANJIR MAYBANK
Untuk membuat permohonan Program Bantuan Banjir Maybank, anda perlu:
- Mohon melalui emel: [email protected]
Seterusnya masukkan bersama maklumat berikut ketika menghantar emel permohonan Program Bantuan Banjir Maybank:
- Nama/nama perniagaan
- Nombor kad pengenalan/nombor pendaftaran perniagaan
- Nombor telefon
- Jenis pinjaman
- Nombor kenderaan (sewa beli)
Atau anda juga boleh menghubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Pembiayaan Auto kami di seluruh negara.
TUNTUTAN INSURANS & TAKAFUL
Etiqa yang juga subsidiari insurans Kumpulan Maybank, turut menyediakan proses tuntutan mudah dan pantas untuk pemegang polisi insurans dan sijil takaful tanpa perlu mengisi borang atau dokumen sokongan.
CARA MEMBUAT TUNTUTAN INSURANS & TAKAFUL
Bagi membuat tuntutan, pemegang polisi atau sijil terbabit hanya perlu:
- Menghantar mesej teks
- Gambar atau video banjir
Maklumat ini perlu dihantar ke nombor-nombor khusus WhatsApp yang beroperasi 24 jam sehari iaitu:
- 011-1630 6646 bagi Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
- 018-226 3288 bagi Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
Pelanggan juga boleh menghubungi talian Tuntutan Banjir Etiqa menerusi:
- 03-2692 8188 untuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
- 03-4270 7735/5068 untuk Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.