Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Luaskan Perniagaan Anda Melalui Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

2,996

Kerajaan Negeri Selangor sangat komited dalam membantu rakyatnya dengan menyediakan pelbagai inisiatif ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing sekarang ini.

Oleh itu. Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan satu pakej yang dinamakan Pakej Kita Selangor dengan pelbagai inisiatif yang mempunyai pelbagai manfaat serta bantuan kepada rakyatnya.

Baca juga: Wifi Smart Selangor Sediakan 3,000 Hotspot Percuma Untuk Orang Awam

Malahan, program serta inisiatif melalui Inisiatif Peduli Rakyat yang lalu juga masih lagi diteruskan untuk kemudahan rakyat.

INFO RINGKAS PROGRAM BANTUAN BLUE PRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan ini merupakan satu program yang dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasar menerusi projek ekonomi yang berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang.

Secara langsung ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Dengan program ini, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin yang diperlukan berdasarkan perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan.

KUMPULAN SASAR PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

Program ini melibatkan golongan miskin & berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang-bidang berikut:

  • Jahitan
  • Perniagaan makanan
  • Kraftangan

SYARAT KELAYAKAN

Anda yang berminat untuk membuat permohonan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, semak dahulu syarat kelayakan seperti berikut:

  • Pendapatan seisi rumah RM3, 000.00 dan ke bawah ATAU
    pendapatan individu RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun)
  • Menjalankan aktiviti perniagaan di dalam negeri Selangor sahaja
  • Telah memulakan perniagaan/ perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun.

SYARAT TAWARAN BANTUAN

Anda juga perlu mematuhi syarat tawaran bantuan seperti berikut:

  • Bantuan akan diberikan dalam bentuk kelengkapan peralatan atau mesin.
  • Bantuan peralatan atau mesin yang diberikan tidak boleh dijual, dipajak, digadai atau dipindah milik selain daripada penama yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Sekiranya berlaku, pihak Kerajaan Negeri berhak mengambil balik bantuan peralatan atau mesin tersebut.
  • Penerima bantuan hendaklah mengurus dan menyelenggara peralatan atau mesin dengan perbelanjaan sendiri (setelah tamat tempoh waranti).
  • Hanya satu orang bagi satu isi rumah sahaja yang layak menerima bantuan.
  • Permohonan yang telah berjaya atau yang pernah mendapat bantuan dibawah Program ‘Blueprint’ ini tidak layak memohon kali kedua.
  • Peralatan atau mesin yang diperlukan perlulah berdasarkan kemahiran pemohon.
  • Segala bentuk bantuan peralatan atau mesin yang ditawarkan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
  • Pihak Kerajaan Negeri berhak untuk menarik balik peralatan atau mesin yang diberikan sekiranya didapati penerima tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan.
  • Peralatan dan mesin yang diberikan merupakan Harta Kerajaan Negeri Selangor.
  • Penerima wajib mengikuti kursus yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekiranya berjaya dalam permohonan ini.

DAFTAR & MOHON PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

Untuk membuat pendaftaran, anda hanya perlu klik:

Luaskan Perniagaan Anda Melalui Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

  • Isikan maklumat yang diperlukan
  • Masukkan kata laluan dan sahkan.
  • Klik DAFTAR.
  • Log masuk semula dan buat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan memgenai Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, sila hubungi:

  • Media Selangor,
    Aras 11, Menara Bank Rakyat, No 1,
    Persiaran Indah 14/8, Seksyen 14,
    40100 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
  • https://ssipr.selangor.gov.my/
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...