Syarat Kelayakan & Cara Mohon Program KPT-MEDAC Siswapreneur

Terdapat pelbagai peluang yang diberikan kepada para pelajar yang ingin menjadi usahawan ketika masih belajar di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti boleh memohon Program KPT-MEDAC Siswapreneur yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program KPT-MEDAC Siswapreneur dan pembiayaan melalui skim mikro kredit ini merupakan salah satu bentuk kemudahan dan galakan berbentuk pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan.

Baca juga: Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini

INFO RINGKAS PROGRAM KPT-MEDAC SISWAPRENEUR

Porgram KPT-MEDAC Siswapreneur merupakan program skim mikro-kredit yang ditawarkan kepada usahawan pelajar daripada Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang beerhasrat untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka semasa dalam pengajian.

JUMLAH PEMBIAYAAN DAN BAYARAN BALIK

Jumah pembiayaan dan bayaran balik adalah:

Syarat Kelayakan & Cara Mohon Program KPT-MEDAC Siswapreneur

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM KPT-MEDAC SISWAPRENEUR

Syarat-syarat permohonan pembiayaan Program KPT-MEDAC Siswapreneur
adalah seperti berikut:

  1. Pengenalpastian pemohon akan dilakukan oleh pihak IPT.
  2. Pembiayaan terbuka kepada pelajar IPT dari peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan kedoktoran sepenuh masa.
  3. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  4. Had umur peminjam ialah 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja.
  5. Pembiayaan terbuka kepada pelajar yang menjalankan perniagaan sama ada berpremis atau tidak berpremis dan sah di sisi undangundang serta patuh syariah.
  6. Pelajar haruslah menjalankan perniagaan terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum memohon pembiayaan yang disediakan.
  7. Pelajar mesti mempunyai syarikat/perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau berdaftar dengan IPT.
  8. Pelajar yang ingin memohon pembiayaan ini mestilah memperoleh Purata Mata Kumulatif (PMK) 2.5 dan ke atas.
  9. Pelajar perlu menyediakan rancangan perniagaan dan perlu membentangkan model rancangan perniagaan yang akan dijalankan semasa temu duga dijalankan oleh pusat keusahawanan di IPT berkaitan.
  10. Had jumlah pembiayaan ialah RM1,000.00 sehingga RM5,000.00.
  11. Tempoh masa pembiayaan adalah sehingga tiga (3) tahun.
  12. Pembiayaan terbuka untuk perniagaan milikan tunggal pelajar sahaja.
  13. Pelajar perlu terlibat secara langsung dalam perniagaan.
  14. Bentuk pembiayaan adalah tunai sahaja.

CARA MOHON PROGRAM KPT-MEDAC SISWAPRENEUR

Untuk mohon Program KPT-MEDAC Siswapreneur, pelajar hanya perlu:

  • Berhubung terus melalui Pusat/Unit Keusahawanan di Universiti Awam/ Politeknik/Kolej Komuniti bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR.
  • Borang permohonan akan diselaraskan melalui Pejabat Cawangan TEKUN Nasional kepada Pusat/Unit Keusahawan Universiti Awam/Politeknik/Kolej Komuniti.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR sila hubungi Pegawai Perhubungan seperti berikut:

Syarat Kelayakan & Cara Mohon Program KPT-MEDAC Siswapreneur

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.