Elaun Bulanan Disediakan! Ikuti Temuduga Terbuka Program Latihan Pembangunan Asnaf Tajaan MAIPS & Ini Syaratnya
Pelajar lepasan SPM dan merupakan golongan asnaf yang bermaustatin di negeri Perlis dipelawa untuk memohon Program Latihan Pembangunan Asnaf Tajaan MAIPS bersama Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Sintok, Kedah.
Anda boleh membuat permohonan dengan menghubungi pegawai yang bertugas sebelum tarikh tutup permohonan pada 14 Oktober 2021 ini.
Dapatkan senarai syarat kelayakan seperti yang ditetapkan malahan peserta akan mendapat elaun setiap bulan sepanjang pengajian.
TARIKH TUTUP TEMUDUGA
Isi Kandungan
Anda boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:
- 14 Oktober 2021
Info selanjutnya mengenai Program Latihan Pembangunan Asnaf Tajaan MAIPS ialah:
- Masa: 9 pagi hingga 3 petang
- Lokasi: Dewan Kuliah MAIPs, Behor Temak, Kangar, Perlis
3 KURSUS DITAWARKAN
Terdapat 3 jenis kursus yang ditawarkan dan kursus-kursus tersebut ialah:
- Non-Destruction Test (NDT): 1 bulan
- Plumbing: 3 bulan
- Backhoe Loader: 2 bulan
SYARAT KELAYAKAN
Sebelum anda semua membuat pendaftaran dan permohonan, pastikan anda membaca dahulu syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Bermaustatin di negeri Perlis.
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun dan bagi Kursus backhoe Loader mestilah berumur 21 hingga 35 tahun serta mempunyai lesen memandi kelas D.
- Mempunyai SPM bagi Kursus NDT.
- Merupakan dari keluarga golongan Asnaf.
- Bebas daripada ketagihan ketum dan barang yang terlarang.
- Boleh menulis dan mengira
- Lengkap 2 dos vaksin selepas 14 hari
Jika berminat, buat permohonan dengan segera kerana tempat untuk mengikuti Program Latihan Pembangunan Asnaf Tajaan MAIPS bersama Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Sintok, Kedah ini adalah sangat terhad.
MANFAAT & KEMUDAHAN
Apakah manfaat dan kemudahan yang disediakan kepada para peserta sepanjang latihan ini?
Para peserta akan mendapat kemudahan seperti berikut:
- Elaun bulanan
- Penginapan asrama
- Makan minum 5 kali sehari
- Kurus ditaja sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs)
CARA DAFTAR
Untuk membuat pendaftaran bagi mengikuti temuduga Program Latihan Pembangunan Asnaf Tajaan MAIPS, anda diminta menghubungi pegawai yang bertugas seperti berikut:
- Encik Shahrin: wasap.my/60175697256/kursusmaips2021
- Encik Kamal: wasap.my/60164574146/kursusmaips2021
- Encik Norlizam: wasap.my/60126956491/kursusmaips2021
- Encik Ayub: wasap.my/60143553512/kursusmaips2021
Sekiranya anda benar-benar berminat untuk ikuti temuduga Program Latihan Pembangunan Asnaf Tajaan MAIPS ini, hubungi salah seorang pegawai di atas dan baut pendaftaran agar tidak terlepas peluang yang disediakan.
Pelajar lepasan sekolah dan graduan juga berpeluang mendapat pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs. Selain itu, anda akan layak menerima elaun sehingga RM600 untuk tempoh 2 bulan melalui Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan elaun tambahan sebanyak RM400 sekiranya anda berjaya kembali bekerja.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.