Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

Pelbagai program telah diaturkan untuk membasmi kemiskinan bandar oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan memperkasakan Program MY5.

Baca juga: Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Sepanjang Januari

Program MY5 ini akan dijalankan sepanjang tahun 2021 dengan 5 program utama setelah percubaan program dijalankan pada pertengahan tahun 2020 dengan kapasiti yang lebih kacil.

5 PROGRAM UTAMA PROGRAM MY5

Terdapat 5 program utama dalam Program My5 iaitu:

  • MYJob@Wilayah
  • MYSchoolBus@Wilayah
  • MYGrocer@Wilayah
  • MYFood@Wilayah
  • MYMedic@Wilayah

MYJob@Wilayah

Bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam enam bidang pekerjaan termasuk perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan.

Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

MYSchoolBus@Wilayah

Bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.

MYSchoolBus@Wilayah

MYGrocer@Wilayah

Menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.

Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

MYFood@Wilayah

Memastikan bantuan makanan percuma boleh dinikmati lebih ramai golongan dan memerlukan kerjasama strategik pihak swasta untuk menjayakan program ini.

Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

MYMedic@Wilayah

Menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan juga akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.

Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

MYBeras@Wilayah (Tambahan)

Sumbangan beras menerusi program MYBeras@Wilayah yang akan dilaksanakan mulai 1 Februari sehingga Jun tahun 2021 bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.

Permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.