Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

N-Gene, Program Khas Untuk Graduan Yang Berminat Menjadi Usahawan & Geran Berjumlah RM3000 Menanti Anda

4,566

Berminat untuk menjadi usahawan dan belum memiliki sebarang perniagaan tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana? Atau baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan anda sendiri?

Apa kata sebagai graduan, tak kan nak tunggu dan lihat sahaja kawan-kawan yang lain sudah maju dengan bidang yang mereka ceburi?

Jom sertai Program N-GENE sebuah program end-to-end untuk bantu peserta, dari belum atau baru memulakan perniagaan sehinggalah dapat menjana pendapatan bulanan. Geran mikro berjumlah RM3,000 pun dapat tau!

Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

INFO RINGKAS PROGRAM N-GENE

N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah. Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais. Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.

YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan program ini sebagai salah satu inisiatif PEMERKASA untuk menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan. Selain itu, program ini turut disenaraikan sebagai program di bawah kerjasama MEDAC-KPT-KBS dan juga Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC Pasca COVID-19.

Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 15 Julai 2021

GOLONGAN SASARAN PROGRAM N-GENE

Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon program ini ialah:

  • Graduan
  • Belia

MANFAAT PROGRAM

Manfaat program yang bakal anda perolehi ialah:

  • Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA.
  • Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000.
  • Dipadankan dengan perniagaan francais / pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk menyertai Program N-GENE adalah:

  1. Warganegara Malaysia, berumur di antara 18 hingga 30 tahun;
  2. Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini;
  3. Kriteria tambahan:
    1. Telah memulakan perniagaan tidak melebihi satu tahun dari tempoh pendaftaran perniagaan; atau
    2. Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan

STRUKTUR LATIHAN

Struktur latihan bagi Program N-GENE adalah seperti berikut:

CARA MOHON

Pemohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

1. Graduan / belia yang telah memulakan perniagaan tidak melebihi 1 tahun

DAFTAR SINI

2. Graduan / belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan

DAFTAR SINI

Nota: Sekretariat berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati maklumat yang dinyatakan tidak tepat atau tidak lengkap.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program N-GENE , sila hubungi Sekretariat yang bertugas seperti berikut:

  • 03-2935 8989 (sambungan 302)
  • Pn. Nurul Syarmiera binti Yusof
  • En. Muhammad Haiban bin Mohd Rohim
  • En. Ahmad Nazrin Shah bin Ahmad Nazimuddin
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...