Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Kategori Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin Jabatan Imigresen Malaysia, Jangan Guna Ejen!

920

Ini adalah peluang yang baik buat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk balik ke negara asal secara sukarela.

Semua pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh ikuti Program Rekalibrasi Pulang yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ini melalui 3 kategori yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Dapatkan cara-cara untuk ikuti Program Rekalibrasi Pulang JIM seperti yang dikongsikan ini.

APA ITU PROGRAM REKALIBRASI PULANG?

Program Rekalibrasi Pulang merupakan:

  • Suatu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk balik ke negara asal secara sukarela.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM REKALIBRASI PULANG

Program Rekalibrasi Pulang ini telah dilaksanakan mulai:

  • 16 November 2021 hingga 31 Disember 2021

KESALAHAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia ialah:

  1. Tinggal Lebih Masa
  2. Berada di Malaysia Tanpa Pas Yang Sah

SIAPA YANG LAYAK SERTAI PROGRAM REKALIBRASI PULANG?

Mereka yang layak sertai Program Rekalibrasi Pulang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ini ialah warga asing yang melakukan kesalahan seperti berikut:

  • Masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah
  • Tinggal lebih masa
  • Melanggar syarat Pas
  • Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tiada majikan dan pas berlaku sehingga 30 Jun 2021.
  • PATI yang pernah berdaftar dengan program terdahulu (Program 3+1 dan Program Back For Good) Layak menyertai program ini.

3 KATEGORI PROGRAM REKALIBRASI PULANG

Terdapat 3 jenis kategori yang pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh mohon semasa Program Rekalibrasi Pulang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu:

1. Program Rekalibrasi Pulang KLIA

3 Kategori Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin Jabatan Imigresen Malaysia, Jangan Guna Ejen!

2. Program Rekalibrasi Pulang Pasir Gudang

3. Program Rekalibrasi Pulang Stulang Laut

Nota: Tiada bayaran perkhidmatan lain dikenakan serta pastikan resit rasmi diterima. Bayaran kompaun hanya menerusi kad kredit/kad debit/Ewallet Touch ‘n Go sahaja.

TINDAKAN YANG DIKENAKAN

PATI yang masih berdegil dan tidak memanfaatkan Program Rekalibrasi Pulang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan ditangkap ketika operasi akan dikenakan hukuman seperti berikut:

  • Hukuman penjara
  • Hukuman denda
  • Hukuman sebatan

Jadi, jangan tunggu lagi! Cepat sertai program ini sebelum terlambat!

Baca juga: Penggantian Kad Pengenalan, Pasport & Dokumen Peribadi Hilang/Rosak Akibat Banjir Secara Percuma!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Rekalibrasi Pulang,sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di talian berikut:

  • 03-8000 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...