Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Percuma! Gantian Sijil Perakuan Perniagaan Kepada Mangsa Banjir Terlibat

1,378

Pemilik perniagaan juga terjejas teruk dalam banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini terutamanya yang melibatkan kerosakan premis akibat dipecah masuk dan sebagainya.

Bagi pemilik perniagaan yang kehilangan atau yang mendapati Sijil Perakuan Perniagaan rosak teruk akibat banjir yang berlaku, ini adalah berita gembira buat anda!

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan untuk memberikan penggantian Sijil Perakuan Perniagaan yang rosak atau hilang akibat banjir secara PERCUMA sahaja!

SIJIL PERAKUAN PERNIAGAAN PERCUMA!

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan pemilik-pemilik perniagaan yang musnah akibat bencana banjir secara percuma melalui:

  • Inisiatif Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam.

Tujuan inisiatif Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam diperkenalkan dengan tujuan seperti berikut:

  • Membantu pemilik perniagaan yang terlibat atau terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda beberapa buah negeri baru-baru ini, untuk mendapatkan salinan cetakan sijil berkenaan tanpa sebarang bayaran.

CARA DAPATKAN SIJIL PERAKUAN PERNIAGAAN PERCUMA

Para pemilik perniagaan yang kehilangan atau mengalami kerosakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan akibat banjir seterusnya dapatkan yang baharu dan percuma, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Hadir ke kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara.

Bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa hadir ke Kaunter Perkhidmatan SSM:

  • Laporan polis atau;
  • Dokumen berkaitan yang membuktikan bencana berlaku di premis perniagaan atau alamat kediaman pemilik perniagaan tersebut.

TEMPOH PENGECUALIAN BAYARAN SIJIL PERAKUAN PERNIAGAAN

Untuk dapatkan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan secara percuma, anda perlu lakukannya dalam tempoh:

  • 60 hari selepas berlakunya bencana alam.

Baca juga: Daftar SSM BizTrust Percuma Sehingga 31 Disember 2021. Semak Cara Daftar Disini

Percuma! Gantian Sijil Perakuan Perniagaan Kepada Mangsa Banjir Terlibat

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai gantian Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (SSM) secara percuman sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...