Percuma! Program Rintis Saringan Kanser Serviks Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kali ini telah mengadakan semula Program Rintis Saringan Kanser Serviks untuk golongan wanita.

Program Rintis Saringan Kanser Serviks ini disediakan oleh LPPKN secara percuma dan kaum wanita diseru untuk mengikuti program yang disediakan ini.

Jadi, dapatkan info mengenai Program Rintis Saringan Kanser Serviks LPPKN yang dikongsikan ini untuk rujukan anda.

TUJUAN PROGRAM RINTIS SARINGAN KANSER SERVIKS

Program ini bertujuan untuk menggalakkan wanita yang berkahwin atau pernah berkahwin menjalani ujian HPV DNA serta meningkatkan tahap kesedaran tentang pencegahan kanser serviks.

Program ini adalah secara PERCUMA dan dijalankan melalui 49 Klinik Nur Sejahtera (KNS) dan Klinik Subfertiliti LPPKN serta secara outreach di kawasan pedalaman. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, klien yang layak boleh berhubung terus dengan Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang berhampiran.

Baca juga: RM163 Bantuan Caruman PERKESO Melalui Program SPS Prihatin Wanita

KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM RINTIS SARINGAN KANSER SERVIKS

Sebelum hadir ke Program Rintis Saringan Kanser Serviks LPPKN, sila semak dahulu kriteria kelayakan seperti berikut:

  • Wanita Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  • Wanita berumur 30 hingga 65 tahun
  • Wanita dalam kumpulan B40 dan M40
  • Wanita berkahwin/pernah berkahwin
Nota: Penerima yang layak bagi program ini boleh mendapatkan Ujian HPV DNA di mana-mana Klinik Nur Sejahtera yang berhampiran.
Percuma! Program Rintis Saringan Kanser Serviks Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

SENARAI 49 KLINIK NUR SEJAHTERA

Bgai anda yang ingin mendapatkan Ujian HPV DNA di mana-mana Klinik Nur Sejahtera yang berhampiran, sila dapatkan senarai klinik Nur Sejahtera mengikut negeri masing-masing dipautan ini:

  • https://www.lppkn.gov.my/
  • Klik pada negeri yang anda menetap
  • Maklumat seperti nama klinik, alamat dan nombor telefon akan dipaparkan.

Percuma! Program Rintis Saringan Kanser Serviks Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Rintis Saringan Kanser Serviks LPPKN dengan menghubungi:

  • Ibu Pejabat LPPKN dan Pejabat LPPKN Negeri yang berhampiran dengan anda.
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.