Cara Mohon Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak Golongan Miskin & Miskin Tegar

Rakyat Negeri Perak yang merupakan golongan miskin dan miskin tegar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan perumahan agar hidup lebih selesa untuk keluarga dan anak-anak.

Program tersebut adalah Program Sayangi Rumahku merupakan satu program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak.

Baca juga: Skim Agihan Baik Pulih Rumah / Bina Baru Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS). Semak Syarat Kelayakan & Mohon Disini

Dapatkan maklumat seterusnya seperti maklumat permohonan melalui artikel yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Mereka ini juga adalah golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih dan layak untuk menerima bantuan yang ditawarkan Kerajaan Negeri Perak ini.

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU

Baik Pulih

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

Bina Baru Rumah

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki.

Bina Baru 1 Bilik

Cara Mohon Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak Golongan Miskin & Miskin Tegar

Bina Baru 2 Bilik

Cara Mohon Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak Golongan Miskin & Miskin Tegar

Bina Baru 3 Bilik

Cara Mohon Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak Golongan Miskin & Miskin Tegar

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Antara syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon Program Sayangi Rumahku ialah:

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda perlu dapatkan dahulu borang di:

Seterusnya isikan maklumat dengan betul dan sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan anda.

DOKUMEN SOKONGAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan
  • Salinan penyata pendapatan pemohon
  • Salinan penyata pendapatan pasangan / waris
  • Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah
  • Salinan Akuan Bersumpah kebenaran semua pemilik tanah (jika tanah bukan hak milik sendiri)
  • Salinan Kad Pengenalan semua pemilik tanah (jika tanah bukan hak milik sendiri)

NOTA: 

*Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung. Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak tidak akan dikembalikan.
*Sekiranya Borang / Dokumen sokongan yang dihantar tidak lengkap, permohonan tuan / puan akan DITOLAK.
*Keputusan akhir bagi kelulusan permohonan ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa dan penilaian Yayasan Perak.

PERTANYAAN LANJUT & PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

Sebarang pertanyaan lanjut dan penghantaran borang permohonan di:

  • Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
    Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
    No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
    No. Telefon : 05-255 2929
    No. Faks : 05-253 1701
  • Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
    No.26C, Persiaran Greentown 6
    Greentown Business Centre
    30450 Ipoh, Perak
    No. Telefon : 05-246 0998
    No. Faks : 05-246 0937
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.