Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Sentuhan Kasih MAIWP, 7 Misi Bantuan Banjir 2.0 Untuk Mangsa Banjir Termasuk Wang Tunai Secara One-Off

986

Mangsa-mangsa banjir sangat-sangat memerlukan bantuan anda terutamanya bantuan tenaga untuk mencuci rumah dan sebagainya.

Mereka juga memerlukan bantuan dalam bentuk wang ringgit serta bantuan seperti makanan, kemudahan pembiayaan terutamanya bagi usahawan dan membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir.

Selain daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga menghulurkan bantuan di bawah Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Banjir 2.0.

PROGRAM SENTUHAN KASIH MAIWP-MISI BANTUAN BANJIR

MAIWP telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2.25 juta kepada mangsa-mangsa musibah banjir di Wilayah Persekutuan dan ia telah disalurkan melalui Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 1.0 yang telah diadakan bermula 23 Disember sehingga 26 Disember 2021 di beberapa lokasi Pusat Penempatan Mangsa Banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini adalah merupakan inisiatif bersama Keluarga MAIWP dengan penglibatan Majlis Agama Islam Negeri dan Lembaga Zakat Negeri yang bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya dan luar Wilayah Persekutuan umumnya.

Bantuan disalurkan kepada mangsa banjir menerusi penglibatan Persatuan Penduduk dengan dibantu sukarelawan yang terdiri daripada pelajar institusi MAIWP sendiri.

JENIS-JENIS BARANGAN DISALURKAN

Jenis-jenis barangan kelangsungan hidup yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir ialah:

  • Barangan kebersihan diri
  • Ubat-ubatan
  • Keperluan mencuci rumah
  • Peralatan elektrik
  • Keperluan asas lain seperti bantal, selimut, tuala wanita, pelitup muka, telekung dan sebagainya.
  • Bantuan kewangan

Bagi anda yang memerlukan tuala wanita, klik sini: https://shp.ee/mn675pv dan untuk pelitup muka pula, dapatkan disini: https://shp.ee/5w9duzv

JENIS-JENIS BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH MAIWP-MISI BANJIR 2.0 MAIWP

MAIWP di bawah Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Banjir 2.0 akan menyalurkan bantuan seperti berikut:

  • Bantuan Mangsa Banjir Luar Wilayah Persekutuan sebanyak RM10 juta kepada Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu
  • Bantuan Perubatan Secara Klinik Bergerak sebanyak RM3 juta
  • Bantuan Membina Semula Rumah sebanyak RM3.5 juta
  • Bantuan Membaik Pulih Rumah sebanyak RM7 juta
  • Bantuan Membaik Pulih Masjid dan Surau sebanyak RM1.0 juta
  • Bantuan Membaik Pulih Maahad Tahfiz ,Sekolah Rendah Agama dan Tadika sebanyak RM1 juta
  • Bantuan Peralatan Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM1 juta Bantuan Moratorium Kenderaan sebanyak RM3 juta
  • Bantuan Baik Pulih Kenderaan sebanyak RM3 juta
  • Bantuan Tunai (one-off) kepada mangsa banjir sebanyak RM2 juta
  • Bantuan Menyelenggara Pendawaian Elektrik sebanyak RM500,000.00

ZAKAT PENDAPATAN TAHUN 2021

Sebagai umat Islam, jangan lupa tunaikan tanggungjawab masing-masing dengan membuat bayaran Zakat Pendapatan Tahun 2021 sebelum masuk ke tahun baru.

Bagaimanakah caranya untuk membuat kiraan Zakat Pendapatan Tahun 2021? Klik sini, buat kira-kira dan terus buat bayaran ya!

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan Tahun 2020. Ini Cara Kiraannya Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Zakat anda membantu mereka yang dalam kesusahan dan semoga rezeki anda diberkati Allah SWT.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...