Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) & Cara Mohonnya. Daftar Secara Online Dahulu
Walaupun negara sedang dilanda dengan musibah Covid-19, namun Zakat Pulau Pinang tetap berkomitmen untuk membantu usahawan asnaf dinegerinya untuk terus bangkit dan perbaiki kehidupan yang dilalui sekarang.
Sehubungan itu, Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME Corp telah menyediakan Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) dan permohonan boleh dibuat mulai 28 Januari sehingga 4 Februari 2022.
Jom semak dahulu syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dan buat pendaftaran terlebih dahulu sebelum anda terlepas tarikh permohonan.
TUJUAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG (TUZPP)
Isi Kandungan
Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) diwujudkan dengan tujuan berikut:
- Mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup golongan asnaf.
KAEDAH PROGRAM TUNAS USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG (TUZPP)
Program ini dijalankan dengn kaedah seperti berikut:
- Perkongsian maklumat
- Latihan pembangunan modal insan
- Pengurusan kewangan
- Pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang
TARIKH PERMOHONAN
Usahawan dan asnaf yang berminat boleh membuat permohonan mulai:
- 28 Januari 2022 sehingga 4 Februari 2022
CARA MOHON
Bagi ana yang berminat untuk mengikuti Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP), sila klik pautan berikut:
- https://docs.google.com/forms
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik Submit untuk menghantar permohonan anda.
ATAU
Anda boleh imbas sahaja Kod QR yang terdapat pada poster dibawah:
SYARAT PERMOHONAN TUZPP
Syarat permohonan TUZPP adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
- Berumur di antara 18 hingga 46 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Mempunyai lesen perniagaan SSM sekurang-kurangnya telah berdaftar selama 6 bulan.
- Tidak hamil/dalam tempoh berpantang pada tarikh tutup permohonan.
- Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.
- Tidak pernah mejalani pembedahan/mengalami patah tulang 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Tiada rekod jenayah/bankrap/dalam tindakan mahkamah.
- Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.
- Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.
- Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.
Baca juga: 6 Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang Secara Online. Rujuk Disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) pada Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang di talian berikut:
- 04-549 8131 / 04-549 8132
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.