Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelbagai Jenis Program, Kursus dan Seminar Keusahawanan MARA. Mohon Secara Online

5,247

Terdapat pelbagai program, kursus dan seminar keusahawanan yang dianjurkan oleh MARA sepanjang tahun 2021 dan anda boleh membuat pendaftaran untuk mengikuti semua program yang ditawarkan kepada anda.

Baca juga: Program Insentif Usahawan UDA Untuk PKS & Mikro 2021. Semak Cara Mohon & Syarat Kelayakan Disini

Anda boleh mendapatkan senarai program dan cara untuk membuat pendaftaran melalui perkongsian ini.

INFO LATIHAN KEUSAHAWANAN MARA

Latihan Keusahawanan merupakan kursus-kursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi.

KELEBIHAN MENYERTAI LATIHAN KEUSAHAWANAN MARA

Antara kelebihan yang boleh didapati jika anda menyertai latihan keusahawanan MARA seperti berikut:

  • Modul latihan terkini yang menepati kehendak industri dan pasaran semasa.
  • Pemudahcara yang berkelayakan dan berpengalaman terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan syarikat korporat.
  • Mod pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline.
  • Bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan daripada Pegawai MARA.
  • Peluang mendapat kemudahan sokongan melalui ekosistem perniagaan yang disediakan oleh MARA.

GOLONGAN SASARAN MENGIKUTI LATIHAN  KEUSAHAWANAN MARA

Golongan sasaran yang perlu mengikuti latihan keusahawanan MARA ialah:

  • Orang perseorangan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.
  • Usahawan sedia ada yang ingin meningkatkan keupayaan dan kapasiti diri sebagai seorang usahawan.

KAEDAH PERLAKSANAAN

Kursus yang dianjurkan akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Stand alone atau secara berstruktur melibatkan beberapa modul dalam satu-satu siri latihan.

SENARAI KURSUS KEUSAHAWANAN MARA

Antara Kursus Keusahawanan MARA yang dianjurkan ialah:

BIL JENIS KURSUS TARIKH KURSUS
1 BEAUTY IN BUSINESS (BISS) PROGRAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN UNTUK USAHAWAN DALAM BIDANG KECANTIKAN & KESIHATAN. (PEMBANGUNAN PRODUK & PERKHIDMATAN) (101164) 22 MAC 2021-24 MAC 2021
2 KURSUS TEKNIK MEMILIH OEM UNTUK PRODUK MAKANAN & MINUMAN (101237) 23 MAC 2021-24 MAC 2021
3 KURSUS TRANSFORMASI PRODUK PELABELAN & PEMBUNGKUSAN (SARAWAK) (101064) 16 MAC 2021-18 MAC 2021
4 KURSUS HIT BARBER EXCLUSIVE (101165) 16 MAC 2021-19 MAC 2021
5 THE DESAMALL EXPERIENCE (101108) 17 MAC 2021-17 MAC 2021
6 PROGRAM PENINGKATAN DESAMALL@KPLB (101008) 16 MAC 2021-16 MAC 2021
7 PEMBANGUNAN USAHAWAN RESTORAN (PROSPER) (101118) 22 MAC 2021-24 MAC 2021
8 KURSUS YOUTUBE MASTERCLASS (101264) 23 MAC 2021-25 MAC 2021
9 KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK KRAFTERA (101237) 23 MAC 2021-25 MAC 2021
10 F & B PACKAGING FOR DELIVERY (101017) 22 MAC 2021-23 MAC 2021
11 PROFESIONAL AUTO SPA & COATING (101164) 24 MAC 2021-26 MAC 2021
12 KURSUS PEMASARAN STRATEGIK SECARA DIGITAL (101108) 23 MAC 2021-25 MAC 2021
13 PENGURUSAN SISTEM TRANSMISI AUTOMATIK (101164) 22 MAC 2021-23 MAC 2021
14 PROFESSIONAL AUTO SPA & COATING (101164) 29 MAC 2021-31 MAC 2021
15 KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK KRAF – KRAFTERA (101212) 29 MAC 2021-31 MAC 2021
16 PEMBANGUNAN USAHAWAN KAFE DAN RESTORAN (101164) 29 MAC 2021-31 MAC 2021
17 BUSINESS TURNAROUND (101064) 29 MAC 2021-31 MAC 2021
18  BENGKEL PROGRAM DESAMALL@KPLB (SIRI1) (101031) 5 APRIL 2021-5 APRIL 2021
19 BENGKEL PROGRAM DESAMALL@KPLB (SIRI2) (101031) 6 APRIL 2021-6 APRIL 2021
20 PRACTICAL PACKAGING AS PER INDUSTRY (101000) 6 APRIL 2021-8 APRIL 2021
21 AUTO DETAILING & VEHICLE COATING (101164) 7 APRIL 2021-9 APRIL 2021
22 PENGURUSAN FASILITI (101064) AKAN DIKEMASKINI

 

CARA MOHON LATIHAN KEUSAHAWANAN MARA

Untuk membuat permohonan, anda perlu masuk ke laman web MARA yang akan disediakan dibawah:

Pelbagai Jenis Program, Kursus dan Seminar Keusahawanan MARA. Mohon Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai latihan keusahawanan MARA, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...