Proses Permohonan Guru One-Off Secara Ringkas & Graduan Pendidikan Menjadi Keutamaan

Baru-baru ini Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan pengambilan guru baharu secara besar-besaran yang akan diiklan mulai Julai 2021 nanti.

Pengambilan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memastikan kualiti guru yang akan mengajar disekolah-sekolah.

Namun, bakal guru dari graduan pendidikan menjadi keutamaan untuk dipilih sebagai guru one-off seperti mana yang dicadangkan oleh ahli-ahli akademik negara.

Rujuk: 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

APA ITU PENGAMBILAN ONE-OFF?

One-Off disini bermaksud pengambilan khas ini akan dibuat sekali sahaja, tetapi dengan jumlah yang besar.

Secara ringkasnya jawatan guru secara one-off ini adalah seperti berikut:

  • Jawatan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bergred DG41.
  • Seramai 18 702 orang guru akan ditempatkan
  • Merupakan usaha KPM dengan kerjasama JPA dan SPP

KELAYAKAN PERMOHONAN GURU ONE-OFF

Kelayakan permohonan guru one-off adalah seperti berikut:

  • Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
  • Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
  • Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
  • Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
Nota: Graduan pendidikan AKAN DIBERI KEUTAMAAN
Sekiranya graduan pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan dalam opsyen mereka, SPP akan melihat kesesuaian opsyen pertama dengan kedua .
Contoh:
  • Guru Kimia yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru mata pelajaran Sains.

PROSES PERMOHONAN

Permohonan adalah melalui portal SPP dan prose permohonannya adalah seperti berikut:

  • TAPISAN 1: (Kelayakan, bidang yang dipohon) > Menduduki ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) – (bagi calon bukan pendidikan) > Lulus > Temuduga > Keputusan temuduga > Penempatan.

Untuk pengetahuan anda, pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP dan penempatan guru-guru akan diuruskan oleh pihak KPM.

18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: Nak Temuduga Guru DG41 Secara One-Off? Jangan Lupa Bawa buku RPH Praktikum Anda Ya!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 secara one-off, sila layari:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.