Baru-baru ini Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan pengambilan guru baharu secara besar-besaran yang akan diiklan mulai Julai 2021 nanti.
Pengambilan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memastikan kualiti guru yang akan mengajar disekolah-sekolah.
Namun, bakal guru dari graduan pendidikan menjadi keutamaan untuk dipilih sebagai guru one-off seperti mana yang dicadangkan oleh ahli-ahli akademik negara.
Rujuk: 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini
APA ITU PENGAMBILAN ONE-OFF?
Isi Kandungan
One-Off disini bermaksud pengambilan khas ini akan dibuat sekali sahaja, tetapi dengan jumlah yang besar.
Secara ringkasnya jawatan guru secara one-off ini adalah seperti berikut:
- Jawatan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bergred DG41.
- Seramai 18 702 orang guru akan ditempatkan
- Merupakan usaha KPM dengan kerjasama JPA dan SPP
KELAYAKAN PERMOHONAN GURU ONE-OFF
Kelayakan permohonan guru one-off adalah seperti berikut:
- Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
- Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
- Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
- Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
- Guru Kimia yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru mata pelajaran Sains.
PROSES PERMOHONAN
Permohonan adalah melalui portal SPP dan prose permohonannya adalah seperti berikut:
- TAPISAN 1: (Kelayakan, bidang yang dipohon) > Menduduki ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) – (bagi calon bukan pendidikan) > Lulus > Temuduga > Keputusan temuduga > Penempatan.
Untuk pengetahuan anda, pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP dan penempatan guru-guru akan diuruskan oleh pihak KPM.
Baca juga: Nak Temuduga Guru DG41 Secara One-Off? Jangan Lupa Bawa buku RPH Praktikum Anda Ya!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 secara one-off, sila layari:
- Facebook Kementerian Pendidikan
- Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.