Terkini!Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Ogos Depan Dibatalkan

Selepas keputusan SPM 2020 yang sangat membanggakan diumumkan, terkini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad telah mengumumkan bahawa Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dibatalkan.

Apakah yang menyebabkan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dibatalkan?

Baca juga: Pelbagai Dugaan Buat Calon SPM 2020 Termasuk Covid-19 & Ia Bukan Halangan Untuk Capai Keputusan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

MENGAPA PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) DIBATALKAN?

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, keputusan pembatalan itu adalah:

  • Berikutan pelaksanaan TOTAL LOCKDOWN fasa pertama di seluruh negara.
  • Trend penularan dan peningkatan jangkitan serta jumlah kematian yang tinggi akibat Covid-19 di Selangor.
  • Memastikan kesan dari fakta Covid-19 di negeri ini tidak menjadi penyebab boleh menggugat keselamatan kesejahteraan selain kesihatan pelajar, guru, petugas, ibu bapa dan seterusnya masyarakat umum.

IMPAK BESAR GURU & PELAJAR

Menurut JAIS juga,pembelajaran formal yang tidak dapat dijalankan seperti biasa akan memberi impak yang besar terhadap kemampuan guru dan pelajar dalam menghadapi persediaan peperiksaan PSRA mengikut format dan protokol peperiksaan seperti lazimnya.

Oleh itu, JAIS menzahirkan penghargaan kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor yang telah mengambil pelbagai inisiatif dan kaedah yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

TARIKH PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA)

Tarikh Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan sebelum ini adalah pada:

  • 23 Ogos – 27 Ogos 2021

KAEDAH PENTAKSIRAN BAHARU

Oleh kerana Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dibatalkan, JAIS akan melaksanakan:

  • Kaedah pentaksiran baharu yang setara dan seimbang sebagai ganti kepada peperiksaan PSRA sesuai dengan syarat dan kriteria ditetapkan bagi pemilihan pelajar untuk ke Tingkatan 1 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) sesi kemasukan tahun 2022.

KENYATAAN MEDIA

Berikut adah kenyataan media mengenai pengumuman pembatalan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) untuk rujukan anda:

Terkini!Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Ogos Depan Dibatalkan

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.