Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan SIP PSU 5.0 PERKESO Telah Dibuka! Majikan Boleh Mohon Sebelum Mac 2022

1,827

Adakah anda majikan yang terjejas pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan?

Jika ya, anda adalah majikan yang layak memohon subsidi upah melalui PSU 5.0 PERKESO bagi tahun 2022.

Bagaimana nak buat permohonan PSU 5.0 PERKESO bagi tahun 2022? Semak cara permohonannya disini ya!

TARIKH PERMOHONAN PSU 5.0 PERKESO

Majikan yang terjejas pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan boleh buat permohonan mulai:

  • 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022

KADAR BANTUAN PSU 5.0 PERKESO

Kadar bantuan yang akan diterima adalah sebanyak:

  • RM600 bagi setiap 500 pekerja

Bantuan ini akan diberikan kepada setiap seorang pekerja selama 3 bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk majikan memohon PSU 5.0 PERKESO adalah seperti berikut:

  • Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019/2020/2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
  • Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
  • Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di bawah.

Permohonan SIP PSU 5.0 PERKESO Telah Dibuka! Majikan Boleh Mohon Sebelum Mac 2022

CARA MOHON

Cara mohon PSU 5.0 PERKESO adalah seperti berikut:

  • Klik https://psu.perkeso.gov.my/
  • Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)
  • Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  • Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut untuk melengkapkan permohonan anda.

  • Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  • Akuan Pengisytiharan PSU 5.0

Permohonan SIP PSU 5.0 PERKESO Telah Dibuka! Majikan Boleh Mohon Sebelum Mac 2022

Adakah anda penerima faedah PERKESO? Rujuk jadual penuh tarikh bayaran faedah PERKESO bagi tahun 2022 disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan PSU 5.0 PERKESO di pautan berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...