Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Rayuan Haji Online Melalui THijARI Cepat & Mudah. Tak Perlu Download Borang

1,797

Pada 22 Disember lepas, pihak Tabung Haji telah memperkenalkan cara membuat rayuan Haji secara online dengan menggunakan aplikasi THiJARI sahaja. Jadi, selepas ini pendaftar Haji dan pemegang akaun Tabung Haji tidak perlu lagi mengisi borang dan bersesak di kaunter untuk membuat rayuan Haji sekiranya tidak terpilih.

Tujuan Tabung Haji memperkenalkan kaedah ini adalah untuk memudahkan bakal Haji untuk membuat rayuan tanpa perlu download borang rayuan atau pergi ke cawangan Tabung Haji untuk membuat rayuan dan secara tidak langsung, ianya sangat menjimatkan masa.

Tetapi ingat, anda perlu mendaftar Akaun Tabung Haji Online (THiJARI) terlebih dahulu sebelum membuat rayuan Haji secara online.

TEMPOH RAYUAN HAJI ONLINE MELALUI THiJARI

Rayuan Haji online ini akan dibuka bermula:

  • 22 Disember 2020 hingga 13 Februari 2021

CARA MEMBUAT RAYUAN HAJI ONLINE MELALUI THiJARI

Untuk membuat rayuan Haji secara online melalui THiJARI adalah seperti berikut:

  1. Klik PERKHIDMATAN HAJI
  2. Klik RAYUAN HAJI
  3. Klik RAYUAN PERMOHONAN HAJI
  4. Baca Garis Panduan
  5. Klik SAYA FAHAM
  6. Pilih KATEGORI RAYUAN HAJI
  7. Masukkan NOMBOR AKAUN & NOMBOR KAD PENGENALAN
  8. Klik YA / TIDAK (Perakuan Istito’ah)
  9. Klik HANTAR
  10. Muat Turun Surat Akuan

Untuk lebih jelas, sila rujuk video ini.

Selepas membuat rayuan, anda boleh membuat semakan dengan klik di bahagian SEMAK STATUS RAYUAN HAJI setelah ianya diproses oleh Lembaga Tabung Haji.

CARA DAFTAR THiJARI

Bagi anda yang belum mendaftar akaun THiJARI secara online, anda hanya perlu:

  • Klik: www.thijari.com.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun Tabung Haji anda.
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan sebelum ini. Masukkan maklumat peribadi anda dan pendaftaran anda selesai.

Untuk dapatkan cara mendaftar akaun THiJARI dengan lebihh lengkap, klik sahaja disini.

Rayuan Haji Online Melalui THijARI Cepat & Mudah. Tak Perlu Download Borang

DOWNLOAD APLIKASI THiJARI

Untuk memudahkan urusan anda, download sahaja aplikasi THiJARI seperti berikut:

ANDROID

Rayuan Haji Online Melalui THijARI Cepat & Mudah. Tak Perlu Download Borang

iOS

Rayuan Haji Online Melalui THijARI Cepat & Mudah. Tak Perlu Download Borang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan rayuan Haji secara online melalui THiJARI, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...