Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[MyOnline Pasport] Renew Pasport Secara Online. Rupanya Lebih Mudah & Pantas!

281

Ye! Semua rakyat Malaysia yang lengkap dua dos suntikan vaksin dah boleh membuat perjalanan merentas negeri dan juga ke luar negara.

Bagi yang ingin membuat perjalanan ke luar negara atas apa jua urusan, anda sudah boleh check dahulu adakah pasport sudah tamat tempoh serta perlu direnew.

Jika pasport anda perlu direnew, ia boleh dilakukan secara online sahaja seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

INFO RENEW PASPORT MELALUI MYONLINE PASPORT

Baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menasihatkan orang ramai untuk membuat permohonan pembaharuan pasport antarabangsa melalui sisten secara talian (online).

Ini adalah kerana JIM telah membuat penambahbaikan kaedah perkhidmatan kepada semua pelanggan menjadi lebih mudah dan pantas.

Selain itu, ia sistem ini mampu membantu kerajaan mengekang penularan Covid-19 menerusi langkah pembudayaan norma baharu.

CARA RENEW PASPORT MYONLINE PASPORT

Untuk membuat pembaharuan pasport antarabangsa anda, sila klik pautan berikut:

[MyOnline Pasport] Renew Pasport Secara Online. Rupanya Lebih Mudah & Pantas!

  • Seterusnya isi borang permohonan
  • Kemudian klik CARIAN

[MyOnline Pasport] Renew Pasport Secara Online. Rupanya Lebih Mudah & Pantas!

  • Permohonan anda dihantar dan boleh membuat kutipan pasport di tempat yang telah ditetapkan.

APA YANG PERLU DISEDIAKAN?

Anda perlu sediakan gambar berukuran pasport dan mestilah mengikut spesifikasi:

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.

[MyOnline Pasport] Renew Pasport Secara Online. Rupanya Lebih Mudah & Pantas!

TERMA & SYARAT PERMOHONAN

Sila ikuti terma dan syarat permohonan yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu:

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  • Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
    i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
    ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
  • Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak, berconteng, terkena air).
  • Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.
Nota: “Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).”

Keperluan Tambahan:

Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
Mudah sangat ni kalau renew pasport secara online. Lepas ni bolehlah check pasport masing-masing dan renew secara online melalui MyOnline Pasport.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...