Sedapnya Ayam Varuval Ni! Semua Orang Suka & Ini Resepinya

Jika sebut tentang makanan, semua rakyat Malaysia akan menyatakan bahawa makanan Malaysia semuanya sedap-sedap belaka.

Rakyat Malaysia memang bersatu dengan kepelbagaian makanan tanpa mengira apa jua bangsa. Sehinggakan makanan orang Melayu menjadi kegemaran bangsa lain dan sebaliknya.

Begitu juga dengan Ayam Varuval sejenis masakan India yang terkenal dikalangan orang Malaysia kita. Jom dapatkan resepi Ayam Varuval dan apa kata kita buat sendiri selepas ini.

INFO RESEPI AYAM VARUVAL

Ayam Varuval merupakan masakan India yang terkenal dan disukai ramai.

Untuk pengetahuan anda, Ayam Varuval ini mesti dimasak kering barulah menjadi dan sedap.

KIta lihat apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya disini.

Baca juga: Resepi Kopi Viral Sepanjang PKP 3.0. Tak Susah & Tak Perlu Keluar Rumah Lagi Dah!

BAHAN-BAHAN AYAM VARUVAL

Bahan-bahan untuk menyediakan Ayam Varuval adalah seperti berikut:

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar yogurt atau tairu

Bahan-bahan untuk rempah sangai:

    • 1 sudu besar biji jintan manis
    • sudu besar biji jintan putih
    • 1 sudu besar biji lada hitam

NOTA: Rempah yang disangai masuk sekali bersama serbuk cili, serbuk kari dan serbuk ketumbar. 

Bahan-bahan lain:

  • Cawan minyak masak
  • Rempah 4 sekawan: (1 batang kayu manis,2 kuntum bunga lawang, 3-4 cengkih, 4 biji buah pelaga)
  • 1 sudu besar biji jintan manis
  • 1 sudu besar biji jintan putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 – 2 biji bawang besar
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 5 tangkai cili padi hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sedikit air
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • Potongan batang ketumbar
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Cili kering goreng
  • Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN

Cara menyediakan Ayam Varuval sangat mudah. Ikut sahaja cara penyediaannya seperti berikut:

Cara-cara untuk perapan ayam:

  • Gaul sebati ketulan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan yogurt atau tairu.
  • Perap ayam dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk ayam varuval:

  • Tumbuk/kisar halus bawang putih dan halia.
  • Sangai jintan manis, jintan putih dan lada hitam sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
  • Tumbuk halus bahan sangai.
  • Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan, biji jintan manis, jintan putih, potongan cili kering, hirisan bawang besar.
  • Kacau sehingga bawang kelihatan layu dan lembut.
  • Masukkan daun kari, hirisan tomato, potongan cili padi, pes bawang putih dan halia. Tumis kesemua bahan sehingga naik bau.
  • Masukkan perapan ayam dan kacau sekata, lalu masak sehingga kering air ayam serta pecah minyak.
  • Tambah sedikit air serta bahan bahan sangai, serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk ketumbar.
  • Tabur potongan batang ketumbar dan masak sampai kuah pekat kering.
  • Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa (jika perlu).
  • Hias dengan taburan cili kering goreng dan hirisan daun ketumbar.
  • Kemudian, ayam varuval siap untuk dihidang.

Untuk menyedapkan Ayam Varuval anda, ini adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan dalam penyediaan Ayam Varuval iaitu:

  • Perap ayam satu hari sebelum dimasak kerana bahan perapan akan serap masuk ke dalam ayam.
  • Rempah dan cili perlu dimasak dengan betul agar hilang rasa mentah.

CADANGAN HIDANGAN

Ayam Varuval sangat sesuai dihidangkan bersama:

  • Nasi putih
  • Roti prata
  • Roti nan
  • Tose

Sedapnya Ayam Varuval Ni! Semua Orang Suka & Ini Resepinya

Baca juga: Sedapnya Ayam Kerutuk Kelantan! Dah Lama Tak Makan. Ini Resepinya & Boleh Buat Sendiri

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.