Viral pula sekarang ini kopi ais ikat tepi dan dikatakan sangat sedap sampai orang sanggup langgar SOP PKP 3.0 semata-mata nak dapatkan kopi ais ini.
Namun, bagi anda yang tidak dapat keluar dari rumah atau tempat menjual kopi ais ikat tepi viral ini jauh dan luar dari radius 10km pun teringin juga nak rasa kesedapan dan kelazatan kopi ais ikat tepi yang sedang viral ini.
Apa kata kita buat sendiri kopi ais dan masukkan sendiri ke dalam plastik seterusnya ikat tepi. Sama macam beli kat gerai tu. Ini resepinya!
Baca juga: Resepi Viral Singgang Ikan COVID-19. Mudah Buat, Sekali Hadap Mungkin 3 Pinggan Nanti
RESEPI KOPI AIS IKAT TEPI VIRAL
Tak payah la kita keluar rumah, buat sendiri gunakan resepi ini ya!
Bahan-bahan
- 2 Sudu serbuk kopi premium (Pilih roasted sederhana)
- 1 cawan susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- Air 1/2 cawan
- Ketulan ais
Cara penyediaan
- Didihkan 1/2 cawan air.
- Tutup api dan masukkan 2 sudu makan serbuk kopi anda.
- Kacau dan biarkan selama 3-4 minit.
- Tapis masuk ke dalam jug.
- Tambahkan 1 cawan susu cair,1/2 tin susu pekat ke dalam jug dan kacau.
- Ambil plastik, masukkan ketulan ais dan tuangkan kopi.
- Nak lagi cun, last tuangkan susu full cream.
- Dah siap!
Fuh! Sedap betul resepi kopi ais kaw ikat tepi tepi ni. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Susu Kurma. Cara Buat Paling Mudah dan Cepat, Anda Boleh Cuba Sekarang
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.