Keliru nak buat resume jenis template yang macam mana ye?
Bagi anda yang baru pertama kali nak buat resume, anda boleh dapatkan info disini template yang jenis bagaimana sesuai untuk dibuat serta alasannya.
Jika anda telah buat resume menggunakan template yang lain sebelum ini, anda boleh sahaja update dan buat perubahan agar anda dipanggil temuduga pula selepas ini.
JENIS-JENIS TEMPLATE RESUME
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda, terdapat 8 jenis template resume yang wujud dan digunakan oleh pemohon kerja iaitu:
- Chronological/Resume Kronologi
- Functional Resume
- Combination Resume/Resume Gabungan
- Infographic Resume/Resume Infografik
- Resume With Profile/Resume Profil
- Targeted Resume/Resume Sasaran
- Non Traditional Resume/Resume Unik
- Mini-Resume/Resume Mini
Yang mana satu pilihan anda? Dan yang manakah terbaik untuk anda buat agar menarik perhatian majikan?
RESUME MODERN VS RESUME CLASSIC
Kalau anda nak tahu, template resume jenis Chronological (Classic) adalah yang terbaik untuk anda gunakan sekiranya nak mohon pekerjaan.
Mengapa? Ini sebabnya ya!
Chronological (Classic)
- Resume ini adalah berbentuk karangan esei dan permulaannya atau resume heading mestilah menarik perhatian pembaca.
- Ini kerana resume jenis Chronological (Classic) berbentuk menurun susunannya.
- Anda dapat lihat isi kandungannya diletakkan secara menurun satu persatu dan majikan akan tumpukan pada apa yang mereka mahukan. Sudah pastinya HR dan bakal majikan membaca isi resume anda secara menyeluruh apabila membaca resume anda.
Mengapa anda tidak digalakkan menggunakan resume template jenis moden?
Kalau anda nak tahu, ini sebabnya.
- HR dan bakal majikan akan membaca bahagian pengalaman kerja dan kemahiran anda sahaja. Tetapi terganggu dengan ruangan sebelah yang tidak penting.
- Ruangan untuk mengisi pengalaman kerja dan kemahiran agak terhad dengan bahagian kandungan resume yang berada disebelah.
- Letak infografik yang bukan-bukan tanpa penerangan sehingga HR dan bakal majikan tidak faham apa yang anda sampaikan.
- Kebanyakan resume jenis moden tidak memberikan penerangan dengan lebih lanjut dan terperinci sehingga HR dan bakal majikan bosan melihat resume anda.
Oleh itu, pilih sahaja resume jenis Chronological (Classic) kerana anda boleh fokus terus dengan isi kandungan yang ingin disampaikan kepada HR dan majikan.
RESUME MODEN
RESUME CHRONOLOGICAL
Adakah anda nampak perbezaannya dan mengapa resume jenis Chronological (Classic) lebih sesuai untuk anda?
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Perlu Tak Letak Gambar Dalam Resume? Apa Pendapat Anda?
PANDUAN BINA RESUME MEMIKAT MAJIKAN
Khas untuk anda, pihak kami telha mengeluarkan panduan Resume khas untuk membantu anda menghasilkan resume menarik yang pasti dapat memikat hati majikan. Anda boleh dapatkan panduan resume ini melalui pautan disediakan di atas.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.