Time Mana Nak Guna Resume Summary Atau Resume Objective?

Keliru betul ni! Masa mana nak letak Resume Summary dan masa mana pula nak letakkan Resume Objective?

Kalau tak letak, macam cacat pula resume kerana tak ada headline yang sangat penting untuk dibaca oleh HR.

Dah! Jangan keliru lagi kerana anda boleh pilih salah satu untuk diletakkan dalam resume sama ada Resume Summary atau Resume Objective.

PERBEZAAN RESUME SUMMARY & RESUME OBJECTIVE

Apakah perbezaan antara Resume Summary dengan Resume Objective? Perbezaan antara kedua-dua headline dalam resume ini ialah:

Resume Summary

  • Ia merupakan salah satu headline yang sangat penting dalam resume.
  • Juga dikenali sebagai profesional summary.
  • Panjang resume summary adalah dalam 4 hingga 5 baris dan lebih fokus kepada pencapaian dan skill yang ada pada pemohon.

Resume Objective

  • Lebih dikenali sebagai Career Objective. Ingat, ia juga penting dalam resume anda dan merupakan headline yang menceritakan tentang anda secara ringkas.
  • Hanya ditulis dalam 2 hingga 3 baris sahaja.
  • Biasanya mengandungi info mengenai pengalaman dan sebab anda tertarik dalam industri atau jawatan tersebut sahaja.

Ada perbezaan kan? Begitu juga dengan resume. Ada yang memilih Modern Resume dan ada yang memilih Classic Resume untuk dihantar kepada bakal majikan. Namun, Classic Resume menjadi pilihan bakal majikan. Mengapa? Klik sini untuk dapatkan jawapannya.

WAKTU MANA SESUAI GUNA RESUME SUMMARY & RESUME OBJECTIVE

Dah tahu kan perbezaan antara Resume Summary dengan Resume Objective kan? Sekarang ini, masa mana pula yang sesuai untuk anda gunakan salah satu daripada 2 headline ini?

Resume Summary

  • Ia sangat sesuai digunakan oleh pekerja yang telah berpengalaman kerana mempunyai beberapa pencapaian yang boleh dihighligtkan.
  • Anda juga boleh meletakkan pelbagai jenis kemahiran yang ada iaitu Hard Skill dan Soft Skill yang relevan dengan jawatan yang dipohon.
  • Jangan lupa, letakkan pengalaman yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Kalau tak relevan, HR atau bakal majikan ingat anda ni tak ada matlamat pula bila minta kerja.

Resume Objective

  • Resume Objective atau Career Objective ini sangat sesuai dijadikan headline dalam resume bagi lepasan graduan.
  • Mengapa? Ini kerana lepasan graduan sangat fresh dan belum lagi mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pekerjaan tersebut.
  • Masukkan pengalaman ketikan internship dan nyatakan minat anda dalam bidang pekerjaan tersebut.

Anda berada dalam kategori yang mana? Jangan pula dah ada pengalaman kerja lebih 5 tahun, masih lagi gunakan Resume Objective sebagai headline resume.

Sekarang ini anda dah tahu ke belum bahawa headline dalam resume sebenarnya berikan impak yang sangat besar kepada anda? Gunakan 2 tips ini untuk jadikan resume anda sangat bernilai dimata HR dan majikan.

CONTOH RESUME OBJECTIVE
Time Mana Nak Guna Resume Summary Atau Resume Objective?

Anda juga boleh dapatkan contoh cover letter terbaik ini untuk rujukan. Memang padu betul cover letternya!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.