Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon RM300 Bayaran Tunai Usahawan Mikro & Kotej Sabah Covid-19 2.0

1,937

Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah sedang membuka permohonan kepada usahawan mikro dan kotej yang terlibat dalam sektor pembuatan untuk memohon bantuan prihatin Covid-19 2.0.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan bantuan kepada pelbagai golongan di negeri tersebut dengan bantuan sejumlah RM300 melalui Bantuan tunai Prihatin Covid-19 Sabah.

Rujuk: Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah RM300. Buat Semakan Sekarang

Semak kelayakan dan cara mohon bantuan tunai RM300 untuk usahawan mikro dan kotej Sabah melalui perkongsian ini.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan mulai sekarang sehingga:

  • 15 Mac 2021

INFO RINGKAS BANTUAN RM300 USAHAWAN MIKRO & KOTEJ

Bantuan ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk tunai secara sekali bayar kepada usahawan mikro dan kotej yang layak untuk meneruskan perniagaan masing-masing.

GOLONGAN SASARAN BANTUAN RM300

Golongan sasaran untuk menerima bantuan RM300 ini ialah:

  • Usahawan Mikro
  • Usahawan Kotej

Dan mereka adalah usahawan mikro dan kotej yang mengeluarkan produk pendapatan tahunan sebanyak RM50,000 dan ke bawah.

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran kepada mereka yang layak adalah melalui:

  • Akaun bank peribadi usahawan 

Jadi, pastikan akaun bank anda aktif dan betul ketika membuat permohonan.

SYARAT PERMOHONAN RM300 BANTUAN USAHAWAN MIKRO & KOTEJ SABAH

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan bantuan RM300 Usahawan Mikro & Kotej Sabah:

  • Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
  • Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 2021 secara atas talian sahaja.
  • Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
  • Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
  • Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
  • Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.
  • Menyertakan dokumen sokongan berikut :

    a. Salinan kad pengenalan
    b. Salinan lesen perniagaan yang sah
    c. Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan secara online:

Cara Mohon RM300 Bayaran Tunai Usahawan Mikro & Kotej Sabah Covid-19 2.0

  • Klik NEXT

Cara Mohon RM300 Bayaran Tunai Usahawan Mikro & Kotej Sabah Covid-19 2.0

  • Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik NEXT seterusnya klik SENT untuk menghantar permohonan anda.

PERINGATAN:

Pastikan anda tidak memasukkan nombor akaun berikut di bahagian maklumat NOMBOR AKAUN BANK kerana ia tidak diterima untuk dikreditkan wang bantuan anda.

  • Tabung Haji
  • ASB
  • Bank Muamalat
  • Akaun bersama
  • Akaun Syarikat
  • Akaun Sijil Simpanan Premium (SSP)
Nota: Segala keputusan Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah adalah MUKTAMAD.. Pihak DIDR TIDAK PERNAH melantik agen atau wakil untuk mengurus permohonan bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan bayaran tunai RM300 usahawan mikro dan kotej Sabah Covid-19 2.0, sila hubungi DIDR Sabah di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...