RM5,000 Geran Digitalisasi Maxis UsahaWira Untuk PKS Inisiatif PENJANA. Semak Kelayakan Disini
Semua perniagaan kini telah dinaiktaraf ke arah digitalisasi dan begitu juga dengan usahawan PKS di Malaysia.
Ini kerana rakyat Malaysia lebih memilih untuk mendapatkan barangan yang dibeli secara online berikutan pandemik Covid-19 yang semakin menular dan bakal menjadi endemik.
Oleh itu, Maxis Business menawarkan Geran Digitalisasi UsahaWira sehingga RM5,000 mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
APA ITU GERAN DIGITALISASI USAHAWIRA MAXIS?
Isi Kandungan
Geran digitalisasi UsahaWira Maxis mbertujuan untuk membantu usahawan PKS mendigitalisasikan perniagaan masng-masing mengikut peredaran masa.
JUMLAH DANA GERAN DIGITALISASI USAHAWIRA MAXIS
Pemohon yang berjaya akan menerima dana Geran Digitalisasi UsahaWira Maxis sebanyak:
- 50% atau RM5,000 untuk solusi sambungan dan perniagaan
SYARAT KELAYAKAN GERAN DIGITALISASI USAHAWIRA MAXIS
Kriteria utama untuk kelayakan permohonan Geran Digitalisasi ialah:
- 60% dimiliki warga Malaysia
- Telah beroperasi minimum sekurang-kurangnya enam (6) bulan
- Julat jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000
SEMAKAN KELAYAKAN
Anda perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan Geran Digitalisasi UsahaWira Maxis pada pautan berikut:
DOKUMEN DIPERLUKAN
Sediakan dokumen berikut untuk permohonan anda:
- Borang Permohonan Inisiatif Digitalisasi PKS yang telah dilengkapkan.
- Salinan Kad Pengenalan atau Pasport Pengarah / Rakan Kongsi / Pemilik PKS, mana-mana yang berkenaan.
- Salinan lesen pendaftaran perniagaan (CCM atau mana-mana borang yang serupa di bawah Akta Syarikat 216).
- Penyata kewangan diaudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PKS untuk dua (2) bulan terakhir.
- Sebutharga / invois untuk perkhidmatan digitalisasi terpilih dari Pembekal Perkhidmatan Teknologi yang disenaraikan oleh MDEC.
- Sebarang maklumat dan dokumen lain yang diperlukan oleh bank.
Seterusnya tunggu pihak Maxis menghubungi anda untuk mengesahkan permohonan geran anda.
KAEDAH PEMBAYARAN GERAN DIGITALISASI USAHAWIRA MAXIS
Sekiranya permohonan Geran Digitalisasi UsahaWira Maxis RM5,000 yang berjaya, dana akan:
- Dimasukkan ke dalam akaun Maxis Business anda
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Maxis di:
- 1 800 82 1919
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.