Cara Mohon Program Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia
Ramai mangsa banjir kali ini mengalami kerugian yang besar termasuk mengalami kerosakan rumah dan hilang rumah akibat banjir yang melanda.
Berkaitan dengan masalah yang dialami oleh mangsa-mangsa ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperkenalkan Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia.
Bagaimanakah caranya untuk mangsa banjir mohon Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia?
INFO RINGKAS PROGRAM BAIK PULIH & BINA BAHARU RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA
Isi Kandungan
“Program dinamakan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia itu merupakan kelolaan bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah bermula sejak minggu lalu.”
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan, kos baik pulih dianggarkan sekitar RM5,000 sehingga RM15,000, manakala kos pembinaan semula boleh mencecah sehingga RM56,000.
Kita mempunyai proses yang akan berlaku di pihak kementerian, baik di KPLB dan KPKT. Kita ada agensi yang akan melaksana program ini termasuk Giat Mara, Risda dan Felcra, dan kita juga akan melantik kontraktor tempatan untuk menjalankan projek Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia.
KADAR BANTUAN PEMBAIKAN & PEMBINAAN RUMAH MANGSA BANJIR
Kadar bantuan untuk baik pulih dan pembinaan semula rumah adalah seperti berikut:
- Baik Pulih Rumah: RM5,000 hingga RM15,000
- Bina Baharu Rumah (Semenanjung): RM56,000
CARA MOHON
Permohonan untuk Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR) perlu membuat permohonan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah.
PELAKSANAAN PROGRAM BAIK PULIH & BINA BAHARU RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA
Pelaksanaan inisiatif meliputi tiga fasa superit berikat:
- Fasa 1 melibatkan kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah. Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir.
- Fasa 2 melibatkan pelaksana dan agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri dalam pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data-data yang telah dikumpulkan.
- Fasa 3 pula adalah kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.
CARTA ALIRAN PROSES BINA SEMULA & BAIK PULIH RUMAH MANGSA BANJIR
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’Sri Reezal Merican Naina Merican, cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR iaitu Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah dengan keluasan 660 kaki persegi menggunakan teknologi IBS.
Anda boleh rujuk carta Proses Kerja Membina Semula dan Membaik Pulih Rumah yang terkesan akibat banjir adalah seperti berikut:
Mangsa banjir di negeri Pahang boleh buat cara permohonan bantuan RM200 sebulan selama 6 bulan disini.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia, anda boleh dapatkan di pautan berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.