Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sekolah Berkemungkinan Besar Buka Semula Pada Jun, Keselamatan Pelajar Lebih Penting

20,642

Sekolah Dibuka

Walaupun jika kerajaan mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan tamat pada 14 April 2020 nanti, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan mengambil tindakan yang terburu-buru untuk mengumumkan sekolah dibuka pada 15 April ini.

Ini adalah kerana keselamatan lebih penting menjadi pertimbangan utama Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Pihak kementerian dan serta pertubuhan pendidikan dan ibu bapa aktif berbincang secara talian dan rata bersetuju bersetuju bahawa keselamatan pelajar lebih penting daripada pelajaran dan peperiksaan.

Pihak berkepentingan yang merangkumi wakil taska, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa tidak bersetuju jika sekolah dibuka secara terburu-buru.

skolah

Tunda Hingga Jun

Terdapat cadangan persekolahan ditunda sehingga Jun selain cadangan hanya membenarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk bersekolah.

Ada juga yang mencadangkan supaya cikgu kembali ke sekolah untuk mengajar secara dalam talian menggunakan kemudahan Internet dan alat pembelajaran yang ada.

Walaupun pada awalnya ada yang berpendapat bahawa UPSR dan PT3 sangat penting namun selaras dengan keadaan semasa, pendapat ibu bapa telah berubah.

“Mereka sedar bahwa UPSR dan PT3 tidak banyak memberi kesan kepada perlanjutan pelajaran ke Tingkatan 1 dan Tingkat 4. Mereka malahan berpendapat peperiksaan berkenaan boleh digantikan dengan cara penilaian lain”

( Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon )

Mah Hang Soon

Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian juga memikirkan beberapa inisiatif cara pembelajaran termasuk mempertimbangkan rancangan televisyen pendidikan yang bersiaran 24 jam.

Hal ini kerana terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai kemudahan internet terutamanya di kawasan luar bandar.

Selain mempertimbangkan semua cadangan, Kementerian Pendidikan juga akan memanjangkan usul kepada Kementerian Kesihatan dan mendengar pandangan balas mereka.

skolahmask

Sumber: MalaysiaGazette

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...