Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak Status Bayaran iSinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021

1,560

Kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja nampaknya benar-benar mendengar keluhan rakyat kerana telah memansuhkan syarat pengeluaran iSinar dan permohonan adalah diluluskan secara automatik.

Oleh itu, permohonan iSinar sebelum ini bagi kategori 2 yang mana permohonan dalam proses secara automatiknya akan diluluskan dan boleh membuat semakan bermula 8 Mac ini.

Kenyataan ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan disambut baik oleh semua golongan ahli pencarum KWSP yang sangat memerlukan wang ketika menghadapi pandemik Covid-19 kali ini.

TARIKH SEMAKAN ISINAR TANPA SYARAT

Tarikh untuk semakan iSinar tanpa syarat akan bermula pada:

  • 8 Mac 2021

BAYARAN PERTAMA TANPA BAYARAN INTERIM

Untuk pengetahuan anda juga, pemohon iSInar yang belum menerima sebarang bayaran akan terus diberikan bayaran pertama tanpa bayaran interim seperti mana pemohon Kategori 2 yang lulus dalam permohonan mereka.

Semak Status Bayaran iSinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021

TANGGUH PERMOHONAN

Jika anda belum lagi membuat sebarang permohonan iSinar, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu sebarang permohonan agar memudahkan proses bayaran kepada pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini.

JUMLAH PENGELUARAN iSINAR TANPA SYARAT AUTOMATIK LULUS

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga menyatakan bahawa jumlah  pengeluaran iSinar Akaun 1 juga masih kekal seperti syarat sebelum ini iaitu:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Semak Status Bayaran iSinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021

KAEDAH PEMBAYARAN iSINAR TANPA SYARAT

Kaedah pembayaran adalah sama seperti sebelum ini iaitu:

  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

KENYATAAN MEDIA

SEMAKAN STATUS iSINAR TANPA SYARAT

Anda boleh membuat semakan menggunakan 2 kaedah seperti berikut:

iAKAUN

  • Klik https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Klik LOG MASUK.
  • Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
  • Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
  • Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
  • Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
  • Kemudian klik pada iSINAR.
  • Anda akan dapat lihat tarikh bayaran pendahuluan pertama dan bayaran bulanan dikreditkan pada bahagian tersebut.

PORTAL iSINAR

  • Masuk ke laman berikut: i-SINAR KWSP SEMAKAN
  • Klik pada SEMAK STATUS.
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Masukkan nombor telefon bimbit, klik pada SAYA BUKAN ROBOT dan klik SEMAK STATUS.
  • Skrin anda akan memaparkan semakan bayaran ke akaun bank anda.

Interim iSinar RM1,000: Ini Cara Buat Semakan Bayaran

Baca juga: Permohonan iSinar Tamat Pada 30 Jun 2021. Rancang Permohonan Anda

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...