Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak Baki Tabung Haji Guna Maybank2u & Transfer Secara Online Sahaja Dengan Guna Cara Ini Sahaja

5,211

Bagi anda yang sudah ada aplikasi Maybank2u, tidak perlu lagi penuhkan memori telefon bimbit dengan memuat turun aplikasi yang lain-lain untuk membuat semakan baki Tabung Haji atau untuk membuat pindahan wang ke Tabung Haji. Ini kerana, melalui Maybank2u sahaja anda sudah boleh semak baki dan terus transfer wang secara online ke akaun Tabung Haji dengan lebih mudah dan pantas.

Bagi mereka yang menerima bayaran gaji melalui akaun Maybank, terus sahaja boleh membuat simpanan dengan membuat pindahan secara online dan tidak lagi perlu ke kaunter untuk menyimpan wang ke Tabung Haji. Mudah, bukan?

Teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara-cara untuk membuat semakan dan trasfer wang ke Tabung Haji disini.

Jika anda pemegang akaun CIMB pula, rujuk sahaja disini untuk dapatkan cara-cara yang betul untuk transfer duit dari akaun CIMB ke Tabung Haji.

CARA MEMBUAT SEMAKAN & TRANSFER TABUNG HAJI MELALUI MAYBANK2U

Untuk membuat semakan dan transfer wang dari Maybank2u ke Tabung Haji sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah:

SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI

Maybank2u telah mengemaskini sistem dimana tiada lagi pautan ke Tabung Haji sebaliknya anda perlu membuka laman web Maybank2u dan skrol ke bawah sahaja seperti berikut:

  • Buka laman web: MAYBANK2U
  • Login ke akaun Maybank anda.

Semak Baki Tabung Haji Guna Maybank2u & Transfer Secara Online Sahaja Dengan Guna Cara Ini Sahaja

  • Skrol ke bawah dan anda akan lihat link Tabung Haji anda.

Semak Baki Tabung Haji Guna Maybank2u & Transfer Secara Online Sahaja Dengan Guna Cara Ini Sahaja

  • Klik sahaja link tersebut dan paparan mengenai maklumat Tabung Haji akan keluar.
  • Baki akaun Tabuang Haji anda akan terus dipaparkan pada skrin anda.

CARA TRANSFER KE AKAUN TABUNG HAJI

Untuk transfer wang ke Tabung Haji pula, anda perlu:

  • Buka laman web: MAYBANK2U
  • Login ke akaun Maybank anda.
  • Kemudian klik titik 3 di tepi BASIC SAVING dan klik TRANSFER FUNDS.

Semak Baki Tabung Haji Guna Maybank2u & Transfer Secara Online Sahaja Dengan Guna Cara Ini Sahaja

  • Klik TABUNG HAJI dan lakukan pindahan wang dengan klik TRANSFER FROM ke TRANSFER TO.

Semak Baki Tabung Haji Guna Maybank2u & Transfer Secara Online Sahaja Dengan Guna Cara Ini Sahaja

Urusan pindahan wang anda telah selesai. Mudah dan pantas, bukan?

DAFTAR TABUNG HAJI DI MAYBANK2U UNTUK PERTAMA KALI

Jika anda ingin mendaftar buat pertama kali, sila aktifkan dahulu akaun Tabung Haji di mesin ATM Maybank2u yang terdekat dengan anda seterusnya ikuti langkah-langkah berikut:

  • Masukkan kad ATM Maybank anda dan masukkan nombor pin anda.
  • Klik menu TABUNG HAJI
  • Klik PENDAFTARAN AKAUN TH dan masukkan nombor akaun Tabung Haji anda.
  • Buat pengesahan nombor akaun Tabung Haji anda.
  • Tunggu slip transaksi keluar dan akaun Tabung Haji anda berjaya didaftarkan.
  • Buka akaun Maybank2u anda dan boleh semak baki serta transfer ke Tabung Haji.

Selain daripada Tabung Haji, anda juga boleh semak baki akaun ASB anda melalui Maybank2u seperti ppautan berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...