Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM

2,111

Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) sudah boleh dibuat.

Semakan status ini boleh dibuat secara online sahaja melalui pautan yang akan dikongsikan sebentar lagi.

Tahniah pada yang berjaya, bagi yang tidak berjaya jangan sedih dan putus asa! Boleh cuba di masa yang akan datang lagi.

TARIKH SEMAKAN

Semua calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh permohonan yang lalu boleh membuat semakan status bermula:

  • 2 November 2021 hingga 4 Disember 2021

Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dapat Bonus RM700

JAWATAN UNTUK SEMAKAN

Hanya 2 jawatan sahaja yang boleh dibuat untuk semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM iaitu:

  • Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) : Tarikh Iklan pada 16 April 2021 hingga 30 April 2021
  • Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) : Tarikh Iklan pada 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PANGGILAN EKSESAIS UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL PDRM

Bagaimana nak buat semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM?

Anda boleh membuat semakan secara online sahaja dipautan berikut:

Cara Buat Semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM

  • Kemudian  klik Log In dan klik di Semak Status Permohonan.
  • Seterusnya klik Semak untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Sekiranya anda berjaya dan dipanggil untuk Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM, sediakan:

  • Dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.
Nota: Calon yang tidak tersenarai adalah calon yang gagal mengisi permohonan mereka dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
Cara Buat Semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM, sila hubungi Help Desk di:

  • 03-22668348/8350/8351
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...