Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan Hebahan Keputusan UPUOnline Lepasan SPM Dah Boleh Dibuat. Ini URL Semakan Untuk Anda

1,052

Menurut hebahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, para calon lepasan SPM yang memohon untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi sudah boleh membuat semakan keputusan.

Semakan keputusan untuk kemasukan ke universiti awam mulai 16 Julai 2021 boleh dibaut secara online melalui URL yang akan dikongsikan disini.

Manakala bagi mereka yang ingin membuat rayuan UPUOnline Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 pula boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 11 hari mulai 16 Julai 2021 ini.

TARIKH SEMAKAN HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2021/2022

Calon lepasan SPM boleh membuat semakan hebahan keputusan UPUOnline bagi Sesi Akademik mulai:

  • Tarikh:16 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021
  • Masa: 12 Tengah hari – 5 petang

TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN

Tempoh setuju terima tawaran pula adalah seperti tarikh berikut:

  • 17 Julai hingga 26 Julai 2021

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai Sabtu ini hingga 26 Julai di laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan IPTA dan ILKA pada hari yang sama calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti dinyatakan.

URL SEMAKAN HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2021/2022

Calon lepasan SPM boleh membuat semakan di URL yang dikongsikan seperti berikut:

May be a cartoon of one or more people and text

RAYUAN UPUONLINE LEPASAN SPM

Bagi pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai esok sehingga 26 Julai.

Tarikh permohonan rayuan melalui UPUOnline adalah seperti berikut:

  • 16 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021

May be an image of one or more people and text that says 'I KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2021/2022 DIBUKA PADA 16 JULAI 2021 (12: 0o TENGAH HARI) HINGGA 26 JULAI 2021 (5:00 PETANG) HANYA PEMOHON YANG GAGAL DAN MENDAPAT TAWARAN PROGRAM SIJIL SAHAJA BOLEH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN RAYUAN MELALUI UPUONLINE BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM DAN POLITEKNIK RAYUAN KE KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA BOLEH DIMAJUKAN TERUS KE INSTITUSI BERKENAAN TANPA MELALUI UPUONLINE PERMOHONAN RAYUAN BOLEH DIBUAT MELALUI PORTAL RASMI UPU: https://upu.mohe.gov.my MOHEOfficial @MOHEOfficial mohe mohe.official'

KENYATAAN MEDIA

Baca juga: Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah. Ini Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan keputusan  UPUOnline Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 sila hubungi MOHE di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...