Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tahun 2021 SBP & SMKA Mulai 8 Jun 2021 Secara Online
Pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021, sudah boleh membuat semakan status masing-masing secara online mulai 8 Jun 2021.
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin semasa sidang media mengenai perubahan takwim persekolahan Tahun 2021.
Rujuk: Terkini! Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021, PKP 3.0
TARIKH SEMAKAN STATUS RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS SBP & SMKA
Isi Kandungan
Anda boleh membuat semakan secara online mulai:
- 8 Jun 2021
SENARAI JENIS-JENIS SEKOLAH KHUSUS DI MALAYSIA
Berikut adalah senarai jenis-jenis sekolah khusus yang terdapat di Malaysia:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
CARA MEMBUAT SEMAKAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SBP & SMKA
Seperti sedia makluam, rayuan adalah secara online di laman web yang disediakan di Kementerian Pendidikan Malaysia iatu:
- Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
Seterusnya anda hanya perlu:
- Mengisi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid pemohon.
- Mengisi nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
- Padanan dilakukan melalui maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
- Keputusan rayuan PKSK dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai semakan Rayuan Kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021, sila hubungi:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor. - Telefon: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
- Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor. - Telefon: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
- Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya. - Telefon: 03- 8884 3509 / 3684
- Hotline: 03-8000 8000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.